Wednesday, March 13, 2013

KAMERA ALLAH


Satu pagi yang indah , saya memulakan perjalanan dari Subang ke Utara. Pagi yang sejuk , jalan yang agak tenang, pemanduan yang selesa melengkapkan satu program musafir yang menyeronokkan.

Tiba-tiba tak jauh dari simpang ke Slim River Perak , satu cahaya memancar kearah kereta saya. Allah ! saya menjerit . Rupa-rupanya saya memandu laju dan telah dirakamkan kamera “perangkap laju” .Bertukarlah suasana tenang tadi kepada sesalan demi sesalan.

Pernahkah anda “terlaju” atau “terlanjur” dalam hidup ? Kalau pernah , ingatlah kamera Allah sentiasa merakamkan kehidupan kita, dan rakaman tersebut amat teliti. Setiap saat perbuatan kita dalam rakaman Allah dan yang lebih dasyat lagi , rakaman tersebut akan ditayangkan dihadapan khalayak ramai . Sebab itulah pagi-pagi kita digalakkan berdoa : 

SYUKUR HARIAN

YA ALLAH AKU BERSYUKUR KEPADAMU KERANA ENGKAU TELAH MENJADIKAN AKU ORANG YANG BERIMAN , ORANG ISLAM DAN BUKAN ORANG KAFIR.

YA ALLAH AKU BERSYUKUR KEPADA MU KERANA ENGKAU TELAH MENJADIKAN AKU UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W.

YA ALLAH AKU BERSYUKUR KEPADA MU KERANA ENGKAU TELAH MENUTUPI DAN MERAHSIAKAN SEGALA DOSA-DOSAKU SELAMA INI.

YA ALLAH AKU BERSYUKUR KEPADA MU KERANA ENGKAU TELAH MENJADIKAN REZEKIKU TIDAK DIKUASAI OLEH ORANG LAIN.

NIAT HARIAN

SAHAJA AKU HARI INI TIDAK AKAN ZALIM

SAHAJA AKU HARI INI AKAN MENOLONG ORANG YANG MAZLUM

SAHAJA AKU HARI INI AKAN MENYEMPURNAKAN HAJAT SAUDARA SESAMA ISLAM LILLAHITA’ALA

LA HAULA WALA QUWWATAILLA BILLAHIL ‘ALIYYIL’AZIM

Amalkanlah doa ini setiap pagi sebagai tanda kesyukuran kita atas nikmat-nikmat Allah yang tidak terkira nilainya. Saya mengingatkan diri saya dan anda semua supaya jangan terleka dengan dunia ini, hingga kita “terlaju” dan terlanjur dalam kehidupan harian , kerana semua perbuatan kita akan dirakam oleh “KAMERA ALLAH” dan dendanya amat-amat azab dineraka nanti. Semoga Allah jauhkan kita semua darinya.

Quote of the day

“O you who believe, fear Allah, obey the Messenger and don’t forget your solat”.

“Be patient when calamity falls, for He knows what you hide in the depth of your souls”.

No comments:

Post a Comment