Friday, March 29, 2013

SYUKUR YA ALLAH




Kita menggunakan nikmat Allah , tetapi tidak bersyukur kepadaNYa, kita tidak menghargai pemberianNya sehinggalah ia diambil semula.Kita berdoa tetapi tertanya-tanya mengapa doa kita tidak dimakbulkan  ? Mungkin atas kesilapan kita sendiri? 

Kita meminta tapi kita tidak mengenaliNya . Kita mahu tetapi kita tidak memberi. Bilakah agaknya kali terakhir kita sujud semata-mata kerana mengagungkan Allah, bersyukur kepadaNya dan tidak meminta apa-apa , tetapi hanya kerana bersyukur atas segala nikmat yang telah dikurniakanNya.

Tukarlah cara mengurus hidup kita kepada yang lebih dekat dan sentiasa mendampingi Allah. Rancang masa depan kita berlandaskan tunjuk ajar Allah. Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib kita selagi kita tidak berusaha mengubahnya. Berusaha dan bersabarlah. Allah akan memberi petunjuk, pertolongan kepada mereka-mereka yang berjalan dijalan Allah walaupun menghadapi banyak rintangan.


Sebelum kita mengangkat tangan , sebelum kita melafazkan kata-kata tidak puas hati pada Allah , renunglah diri kita dahulu. Sudah bereskah tanggungjawab kita pada Allah , sebelum kita meminta Allah memperkenankan doa kita. Kalau berkeyakinan dengan amalan kita , BERDOALAH . Seterusnya bacalah peringatan yang indah dari seorang penulis yang tidak dikenali:

Bersyukurlah kerana anda belum memiliki semua yang anda kehendaki. Kalau semuanya telah tercapai , apa lagi yang hendak ditunggu dan diharapkan ?

Bersyukurlah bila anda tidak mengetahui sesuatu, kerana anda berpeluang untuk belajar.

Bersyukurlah bila melalui saat-saat derita kerana pada waktu itulah jati diri anda terbina.

Bersyukurlah atas kekurangan anda , kerana waktu itulah anda boleh memperbaiki diri.

Bersyukurlah terhadap setiap cabaran baru, kerana ia akan membina kekuatan dan keperibadian anda.

Bersyukurlah kepada kesilapan anda kerana ia mengajar anda perkara baru yang amat bernilai.

Bersyukurlah bila anda penat dan lemah kerana ia memberi anda peluang berehat.

Memang mudah untuk bersyukur terhadap kebaikan yang diterima, tetapi hidup yang penuh erti juga akan datang pada mereka yang bersyukur semasa dalam kesusahan.

BERSYUKUR boleh menukarkan yang negatif kepada positif. Carilah cara untuk bersyukur terhadap masalah anda kerana ia boleh membawa berkat kepada kehidupan anda.

Quote of the day

If people are trying to bring you down it only means that you are above them

No comments:

Post a Comment