Pernahkah anda bermain Monopoly ? Mungkin ada yang pernah dan ada yang tidak. MONOPOLY berasal dari Amerika yang juga dinamakan sebagai “Permainan Perniagaan Hartanah” . Pemain membaling dadu dan bergerak diatas papan permainan mengikut bilangan dadu. Membeli harta , menjual harta , menyewakan bangunan , hotel kepada “pemain lawan” denga tujuan mengutip keuntungan sebanyak mungkin dan cuba merugikan lawan sampai bankrap.
Pemain yang menang akan untung berjuta dengan harta dalam berbagai bentuk. Yang kalah pula mungkin ‘bankrap’ dan hidup merempat.Selepas permainan habis , mereka akan menutup alat-alat permainan dan semuanya seolah-olah ‘terjaga dari tidur’ dan sedar yang itu adalah satu permainan.
Segala kekayaan , harta dan kesusahan mereka seolah-olah mimpi sahaja. Walaupun tidak ada yang untung atau rugi pemain telah menghabiskan waktu berjam-jam tanpa sebarang hasil kecuali gelak dan ketawa.
Begitulah realitinya dengan keadaan kita didunia ini. Kereta kita yang kita kilatkan selalu itu akan tinggal , kecuali kalau kita gunakan untuk beribadat ke Mesjid untuk solat berjemaah atau membantu manusia lain. Rumah yang besar akan tinggal bila kita meninggal , kecuali jika digunakan untuk melindungi keluarga yang soleh.Harta , kebun , kilang dan lain-lain akan tinggal jika hasil-hasilnya tidak digunakan sebagai jariah.
Itupun kalau semua harta tersebut diperolehi secara halal. Tidak dibeli dengan riba’ , tidak merasuah untuk mendapatkan projek, tidak menindas atau menipu hak orang lain.Pendek kata , kalau segala perjalanan dan urus tadbir kehidupan kita tidak mengikut undang-undang Islam, kita akan meninggalkan dunia saperti pemain-pemain MONOPOLY tadi, tidak membawa apa-apa bekalan ke akhirat.
Malah lebih teruk dari itu , kerana kita tidak dibenarkan masuk pintu yang ‘diangan-angankan’ semua manusia ia itu pintu syurga .Yang terbuka luas menunggu manusia yang sentiasa ‘main-main’ didunia hanyalah pintu neraka ! Minta Allah melindungi kita dari azabnya.
Hadis Riwayat Bukhari bermaksud :
Daripada Abdullah Ibn Umar Radiyallah ‘Anhuma , katanya : Rasullullah s.a.w memegang bahuku seraya bersabda : “Jadilah diatas dunia ini sebagai perantau” Ibn Umar berkata : “ Apabila kamu berada pada waktu petang , janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi , jangan tunggu menjelangnya waktu petang. Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu.
Terima kasih atas kesudian berkongsi ilmu.
Quote of the day
Know that if people are impressed with you , in reality they are impressed with the beauty of Allah’s covering of your sins.
No comments:
Post a Comment