Bersalaman ataupun berjabat tangan adalah satu sunnah kalau ianya dibuat dengan ikhlas dan kepada orang-orang yang dibenarkan . Banyak hadis Rasulullah s.a.w telah memperkatakan hal ini, diantaranya yang bermaksud:
Dari al- Barra’ bin Azib r.a, katanya telah bersabda Rasullullah s.a.w :
“Tidak dua orang Islam bertemu lalu saling bersalam/berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah” (Hr Abu Daud, At Termizi dan Ibn Majah)
Dari Atta’ bin Abdullah al Khurasani, katanya Nabi s.a.w telah bersabda :
“Hendaklah kamu saling berjabat tangan , nescaya hilanglah rasa dengki. Hendaklah kamu saling memberi hadiah , nescaya kamu saling mencintai dan hilanglah permusuhan”( HR Imam Malik)
Apa- tah lagi kalau bersalaman itu dilakukan antara suami isteri, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua. Baru-baru ini dalam kesamaran maghrib , saya berrjumpa pengawal sekolah berhampiran surau tempat saya solat. Saya terus bersalaman dengan beliau dan nampaklah keindahan sunnah dimana suasana pertemuan itu amat ceria.
Kemudian saya menghulurkan tangan kedalam bilik pengawal untuk bersalaman dengan seorang lagi pengawal tetapi kali ini tangan saya tergantung, tanpa diterima Tiba-tiba saya terdengar suara “tak batal ke air sembahyang?” . Baru saya perasan rupa-rupanya beliau adalah seorang wanita berpakaian saperti lelaki, beruniform, rambut pendek dan pakai topi pulak tu.
Patutlah Rasullullah s.a.w ada memperingatkan supaya kita tidak boleh menyerupai kaum yang bukan sejenis kita. Ia akan banyak menimbulakan masalah. Maksud hadis Rasullullah s.a.w:
Daripada Ibn Anas r.a berkata , Rasulullah s.a.w melaknat mereka- mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita ( HR al-Bukhari )
Kalaulah menyerupai jantina yang berlainan tidak dibenarkan oleh Islam, inikan pula bersalaman dengan yang bukan mahram. Diantara hadis-hadis Rasullullah s.a.w yang melarang , maksudnya:
Hadis riwayat Saiditina Aisyah r.a bermaksud : “Demi Allah tangan Rasullullah.s.a.w tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai’atan itu. Baginda s.a.w hanya membai’ah mereka dengan perkataan “Benar-benar telah aku bai’ah kamu atas hal itu” ( Riwayat Bukhari )
Dari Ma’qil bin Yasaar katanya Rasullullah s.a.w telah bersabda dengan maksud :
“Sesungguhnya jika dicerca( ditikam) kepala salah seorang dari kamu dengan alat dari besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahram) –( HR at Thabarani dan al-Baihaqi )
Oleh itu hati-hatilah bila menghulurkan tangan untuk bersalaman. Bukan kerana takut salam anda tidak diterima , takut-takut salam anda diterima oleh tangan-tangan yang anda HARAM UNTUK BERSALAMAN DENGANNYA. Teruskan bersalaman pada tempat yang diizinkan Allah . Terima kasih.
Quote of the day
And who so ever fears Allah and keeps his duty to Him, He will make a way for him to get out from every difficulty)- At Talaaq 65:21
No comments:
Post a Comment