Sunday, March 31, 2013

80 SEN





Semasa berhenti distesyen minyak di JB baru-baru ini, dua orang kanak-kanak dalam umur sekolah rendah menghampiri sahabat saya “Minta 80 sen Pak cik” katanya . “Nak buat apa?” Tanya sahabat saya. “Nak beli mi cawan” kata mereka.

Sahabat saya terus menasihati kanak-kanak tersebut.”Tak baik meminta-minta” katanya “gunakan masa lapang dirumah ulangkaji kerja sekolah, bantu ibu dan banyak boleh buat lagi. Bukan berpeleseran dijalanan tanpa haluan atau matlamat” nasihatnya lagi. Kemudian dia memberikan mereka 5 ringgit.

Satu perkara yang saya hendak ajak anda semua berfikir ialah apa anak-anak kita buat dirumah semasa cuti sekolah ini. Siapa kawan-kawan mereka. Kemana mereka bermain.Apa permainan mereka .Dimana mereka dapat wang . Apa yang mereka makan , minum atau dah mula menghisap rokok ke ? atau lebih dari itu.

Banyak lagi persoalan yang boleh ditanya, tak boleh habis apatah lagi dizaman yang ‘serba menakutkan’ ini. Menyoal saja tidak mencukupi yang lebih mustahak lagi ialah mempastikan jawapan-jawapan kepada persoalan diatas mestilah SELAMAT dan POSITIF. Kalau tidak , sia-sialah kita bersusah payah bekerja, bertungkus lumus mencari rezeki tetapi hasil pendidikan dan agama anak kita entah kemana. Itulah yang paling merugikan. Ia tidak boleh diperbaiki dengan nilai 80 sen , 5 ringgit atau 5 juta sekalipun.

Oleh itu , kita mestilah betul-betul mengawal anak-anak dan mereka yang dibawah tanggungan kita dari terjerumus melakukan dosa. Allah telah memperingatkan kita dalam Al Qur’an maksudnya:

“Wahai orang-orang beriman ! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu....” (At Tahrim:6)

Disamping itu sepanjang perjalanan hidup anak-anak kita mestilah menunjukkan mereka jalan yang benar dengan memperkenalkan meraka ciri-ciri yang boleh menjadikan mereka anak yang soleh dan solehah , diantaranya :

1. Perkenalkan anak-anak kepada Allah .

2. Latih anak-anak mendirikan solat dan ibadah-ibadah wajib.

3. Ilmu agama keseluruhannya adalah satu kemestian.

4. Hidupkan roh Islam dalam rumahtangga kita.

5.Biasakan solat berjemaah di mesjid atau surau.

6. Semaikan cinta agama lebih dari segalanya.

7.Tekankan sikap cintakan majlis ilmu dan mencari ilmu dari pelbagai sumber.

8.Pantau kawan-kawan anak kita.

9. Sentiasa memohon pada Allah supaya dikurniakan anak-anak soleh dan solehah.

10. Selalu berkomunikasi kepada anak-anak dengan cara yang menyenangkan mereka ( sila rujuk siri awal tahun- landakmuda.blogspot.com)

Kerja-kerja mendidik dan mentarbiah anak-anak ini bukanlah perkara yang mudah, tapi bangun jam 3 pagi nak tengok bola juga bukanlah perkara mudah. Berkreasi memanjat gunung bukanlah perkara mudah, memancing sehari semalam juga bukanlah perkara mudah. Kalau kita semua boleh berkorban untuk kegembiraan sementara , mengapa kita tidak boleh berkorban untuk keturunan kita yang ganjarannya akan berpanjangan hingga akhirat. Terima kasih.

Quote of the day

The moment one gives close attention to anything , even a blade of grass , it becomes a mysterious , awesome , indescribably magnificent world in itself.

No comments:

Post a Comment