Ada banyak kucing datang kerumah saya. Ada datang masa kecil , ada yang dibuang orang , ada kucing cantik yang mungkin sesat . Pada satu ketika sampai ada dua belas ekor semuanya , oleh kerana kucing ini kucing jalanan , mereka tinggal dihalaman rumah dan saya namakan sebagai ‘kucing dalam taman’
Rasullullah s.a.w juga menyayangi kucing bernama “Mueeza” ., pada suatu hari baginda hendak mengambil jubah baginda tetapi ternampak “Mueeza” tidur diatasnya. Oleh kerana tidak mahu mengganggu tidur “Mueeza” baginda memotong bahagian yang ditiduri kucing tersebut. Masha Allah ! Indahnya akhlak Rasullullah s.a.w . Jadi , kita juga mestilah menyayangi kucing kerana ia adalah salah satu dari sunnah Rasullullah s.a.w.
Untuk renungan bersama, di sini saya perturunkan beberapa sebab mengapa kita perlu menyayangi kucing :
1.Kucing berbadan lembut.
2. Kucing selalu membangunkan tuannya waktu pagi
3. Dijadikan teman berbual dan kadang –kadang ia sanggup mendengar.
4. Kucing boleh membalas percakapan kita.
5. Kucing makan benda yang sama setiap hari tanpa merungut.
6. Mereka comel bila dipakaikan baju.
7.Pergerakan ekor mereka mencuit hati.
8. Kita boleh berbahasa macam kanak-kanak tetapi tidak terasa kebudak-budakan.
9. Mereka membuang najis dengan sendiri.
10.Mereka tidak akan menjerit pada anda.
11.Kucing boleh jadi pendengar yang baik
12.Kucing pandai memanjakan diri.
13.Mereka boleh ditinggalkan dirumah tanpa membuat semak dan menyepahkan kawasan.
14.Mereka tidak perlukan permainan mahal.
15.Kucing menyayangi anda tanpa syarat kecuali makan.
16. Kucing pandai membawa diri, tak perlu diurus.
17.Terlalu banyak pilihan untuk memiliki kucing , berbagai warna , bentuk dan ukuran ( saiz)
18. Mereka boleh jadikan apa saja sebagai permainan.
19. Cara mereka menegakkan kaki belakang keudara semasa mengemas badan amat comel.
20.Kucing tidak pernah memuhak kepada mana-mana ahli keluarga.
21. Setiap kucing mempunyai “meow” yang berbeza.
22. Kucing amat kelakar bila melihat dirinya dalam cermin.
23. Kucing juga pandai mengurut tuannya.
24. Kucing kebanyakannya cantik/comel kecuali yang sakit.
26. Melihat kucing-kucing menjadi satu terapi
27.Matanya “bulat” bila melihat sesuatu yang menarik perhatiannya.
28. Setiap kucing ada keperibadian tersendiri.
29. Kucing boleh diajar berbagai aksi.
30. Kucing selalu menyambut tuannya dipintu rumah
31. Cicak , tikus dan binatang kecil tidak akan aman dirumah yang ada kucing.
32. Kucing mempunyai muka “mahal”
33. Kucing boleh juga merimaskan terutama semasa tuannya makan.
Quote of the day
Kindness is a language which the deaf can hear and the blind can see.
No comments:
Post a Comment