Saturday, January 30, 2010
TAKUT ?
Friday, January 29, 2010
BACA !
Yang hairannya orang luar negara pula amat suka membaca .Dalam tren membaca .Dalam bas membaca . Dalam kapal terbang membaca, malah ada yang membaca sampai ke jamban . Jangan ada budak-budak kita yang terlalu rajin pulak sampai bawa Qur'an ke jamban.
Baru-baru ini saya berkunjung ke Perpustakaan Selangor dan terbaca satu sajak yang menggalakkkan anak-anak membaca. Kita perhatikan bersama kalau-kalau ia boleh dimanafaatkan bersama.
Wednesday, January 27, 2010
MESJID KETIGA TERBESAR DIDUNIA
Monday, January 25, 2010
KETAKWAAN ASAS PENCAPAIAN CEMERLANG
Bagi orang yang bekerja , berniaga atau apa-apa profesion pula jika ketakwaan diletka sebagai asas , semuanya akan cemerlang juga.Dalam urusan seharian tidak ada tipu-menipu, tidak ada sabotaj, dan perbuatan-perbuatan keji lain.
Sunday, January 24, 2010
HARI INI SEPATUTNYA LEBIH BAIK DARI SEMALAM
Saturday, January 23, 2010
'SPECIAL OFFER'
Friday, January 22, 2010
GANGGUAN SYAITAN
Pertama bagi orang yang meringan-ringankan ibadat, syaitan akan meransang orang seperti ini supaya lebih relax lagi hingga terlepas ibadat, sama ada solat , zakat atau ibadat-ibadat lain.
Bagi mereka yang terlalu serious dengan ibadat pula, syaitan menggangu dengan cara lain. Umpamanya kalau seseorang terlebih teliti tentang mengangkat takbir , syaitan akan menggangu hingga dia was-was.
Bagi yang terlalu teliti mengambil wuduk pula , akan diganggu hingga basah seluruh tubuh. Begitu juga ibadat-ibadat lain yang banyak di manipulasi oleh syaitan.
Tentang impian dunia pula, Imam memperingatkan jemaah supaya berpada-pada. Kalau rumah besar yang diidamkan , ia mungkin hancur bila ditimpa bencana. Kalau wanita cantik yang diimpikan ia mungkin akan meninggal dan begitulah dengan impian -impian dunia yang lain.
Thursday, January 21, 2010
JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA
Begitulah ceritanya kalau dikaitkan dengan hidup seharian. Kalau kita menangguh-nangguh untuk membuat kebaikan , alangkah ruginya pahala waktu-waktu yang tertangguh itu. Kalau nak mula solat berjemaah ditangguh-tangguhkan hingga bila? , mungkin tak kesampaian. Kalau nak belajar bahasa asing orang yang dah mula mungkin dah faham AlQuran , jika bahasa yang dipelajari itu bahasa Arab. Begitu, begitu dan begitulah seterusnya.
Tapi kalau kahwin ditangguh-tangguhkan pula lagi parah .Solat dan ibadat orang yang sudah berkahwin itu lebih nisbahnya dari sibujang. Peluang menjalin siraturrahim juga lebih luas kerana penambahan keluarga dari pihak mentua. Kawan-kawan sebaya yang sudah berkahwin pula mungkin sudah beranak pinak , yang bujang cuma dapat mengira orang punya anak . Jadi dalam mengerjakan kebaikan janganlah tunggu lama-lama.
Tiga perkara yang patut disegerakan didalam Islam iaitu, mengkebumikan orang yang dah meninggal, mengahwinkan anak yang dah layak kahwin dan mengIslamkan orang yang nak masuk Islam.Sepekara lagi Allah sangat suka orang-orang yang menyegerakan TAUBAT .
Wednesday, January 20, 2010
HATI TIDAK SEKERAS BATU
Mengikut buku "Suami Mithali Isteri Sejati" oleh Dr. Juanda Jaya ada banyak tip kebahagian rumah tangga ini diantaranya:-
* JANGAN TERLALU SENSITIF
Jika suami mengalami gangguan emosi , disebabkan kesilapan yang anda lakukan pasti mengunjung kemarahannya. Anggaplah ia sebagai ribut petir yang akan beransur-ansur pulih , cuaca mendung dan ribut akan berganti cerah jika anda tidak melayani perasaan yang terlalu sensitif.
*JANGAN GANGGU DIA
1. Buatlah sesuatu yang disukainya dan hindari apa-apa yang dibenci.
2. Jangan pergi dari sisinya dengan buat tak tahu saja.
3. Jangan biarkan suami anda menangung sendiri kesusahan yang dideritainya
*JANGAN MINTA SESUATU YANG DIA TAK BOLEH BAGI
1. Uruslah diri anda sendiri untuk beberapa saat yang mencabar ini.
2. Jangan tambah beban pada bahunya.
InsyaAllah , hati manuasia ini tidak lah sekeras batu . Dengan doa dan mengetahui tanggung jawab masing-masing rumahtangga bahagia itu akan tercapai.
Selamat Mencuba lagi !
Tuesday, January 19, 2010
Phd DALAM PENDIDIKAN SUAMI DAN ISTERI
Hari Sabtu lalu saya meraikan anak-anak ke Karnival Pengajian Tinggi Negara 2010 di Shah Alam . Sambutan nampaknya mengalakkan hingga kami terpaksa berhimpit-himpit dari satu booth ke yang lain meneliti beberapa kursus yang disediakan .
Tetapi sesudah melawati semua booth pengajian tinggi , tidak satu pun yang menyediakan kursus diploma atau ijazah untuk berumah tangga. Patutlah dalam satu kursus ibu tunggal diKalumpang dulu saya bertemu dengan satu kumpulan ibu tunggal yang amat ramai. Saya rasa masalah perceraian ini senang untuk dibendung kalau kita tahu kunci kebahagian rumah tangga itu.
Baru-baru ini saya terjumpa satu buku karangan Dr Juanda Jaya bertajuk "Suami Mithali Isteri Sejati" yang amat baik untuk dijadikan rujukan , harga pun berpatutan . Diantara tip kebahagian rumah tangga yang diberi ialah :-
*.PANDAI MEMBANGKITKAN GHAIRAH SUAMI
Isteri biasanya mesti disiplin ,menjaga kesihatan dan kesegaran tubuh badan. Jangan berikan diri anda kotor dan berbau kerana akan menyebabkan stress . Sabda Baginda S.A.W bermaksud "Sebaik-baik isteri kamu ialah yang paling kuat menjaga kehormatannya dan pandai membangkitkan syahwat suaminya " ( Hadis riwayat Al-Dailami ).
* REDA DAN CERIA WALAU APA JUA KEADAAN SUAMI
Berhias itu wajib bagi anda ketika dirumah , saat menemani makan, melayari internet berdua , dan saat-saat bersamanya. Apabila suami bangun tidur alangkah bahagianya jika ia melihat bidadari syurga ( isterinya) itu telah mendakapnya dengan haruman yang paling sedap , sarapan yang paling nikmat dan wajah yang ceria.
Tapi sayang ada setengah suami tidak berterus terang jika melihat kekurangan isteri. Suami akan menyalahkan isteri bila dia nak cari yang lain. Jadi isteri-isteri perlu pandai memainkan peranan .
SELAMAT MENCUBA MALAM INI !
Monday, January 18, 2010
TEKANAN (STRESS)
Sunday, January 17, 2010
AMALAN MENGUAT INGATAN
Saturday, January 16, 2010
MAKANAN BERKHASIAT
Friday, January 15, 2010
PANDANG KEBAWAH
Thursday, January 14, 2010
BALIKLAH KEKAMPUNG
Wednesday, January 13, 2010
TOK JANGGUT DITEBING SUNGAI
Tuesday, January 12, 2010
Baru-baru ini pokok pisang "hiasan" yang saya tanam telah mengeluarkan jantung dengan warna yang sangat menarik. Tapi sayang pisang ini setakat mengeluarkan jantung sahaja , tapi tidak boleh mengeluarkan buah.
Walau bagaimanapun hidupnya pisang ini tidak sia-sia. Bila dia mengeluarkan daun-daun , ramai manusia yang dapat manafaat dari daun-daunnya. Boleh digunakan untuk membalut masakan , melapik buah-buahan , hiasan dan lain-lain. Jantungnya pula dimanafaatkan burung-burung yang meminum madunya . Warna jantung itu pula dapat menceriakan orang-orang yang memandangnya.
Kita sebagai manusia kadang-kadang mengeluh tidak boleh menyumbang kepada Islam, tidak dapat menolong manusia lain, kerana kita banyak kekurangan . Sebenarnya kita boleh buat macam-macam untuk Islam tanpa menggunakan wang ringgit. Paling mudah kita sebarkan salam. Mulai esok kita biasakanlah memberi salam dan ditambah dengan senyuman kepada orang-orang Islam. Kepada orang bukan Islam pula tunjukkanlah kelebihan ajaran Islam itu. Banyak membantu mereka, ramah, dan jadikan kita senang didampingi.
Kalau anak-anak sekolah pula tunjukkan kita ini , tidak memberi masalah kepada sekolah dan kawan-kawan. Bergiat aktif dalam kesatuan-kesatuan dan menjadi individu contoh.
Ada satu cerita di SMK Subang Jaya , seorang penuntut perempuan dari unit beruniform BSMM selalu tidak bersalaman dengan penuntut-penuntut lelaki dan perbuatan ini diperhatikan oleh seorang penuntut lelaki bukan Islam dalam kesatuannya. Satu hari apabila kesatuan mereka menerima hadiah dari seorang guru perempuan Islam dari sekolah lain , penuntut lelaki bukan Islam itu tidak bersalaman dengan guru tersebut.
Itulah perkara kecil yang boleh kita sumbangkan kepada Islam . Oleh itu kalau kita bukan seorang Ustaz , bukan orang kaya, bukan orang yang berkuasa, tapi kita masih boleh menyumbang untuk Islam dan manusia. Jadilah seperti pisang yang tidak berbuah tapi masih boleh menyumbang dengan banyak cara yang lain.
Monday, January 11, 2010
BUKAN NAK JAGA TEPI KAIN
Sunday, January 10, 2010
WARKAH UNTUK ANAK-ANAK
Anak-anak yang dikasihi. Dalam "kesibukan" anak-anak dilamun khayalan dunia ini, saya ingin mengajak anak-anak semua memberi sedikit masa untuk membaca warkah ini. Percayalah walaupun anak-anak sedang mengulangkaji sekarang, dengan membaca warkah ini anak-anak tidak akan membazir waktu.
Semalam saya terdengar satu berita di radio yang mengatakan seorang ibu telah mandi petrol dan terus MEMBAKAR dirinya. Ibu yang mempunyai tujuh orang anak itu dikatakan kecewa dengan tindak-tanduk anak remaja perempuannya. Anaknya itu dikatakan tidak mahu mendengar nasihat ibunya dan sering keluar rumah. Ibu tersebut terlalu sedih dan putus asa lalu membakar diri. Apatah lagi ibu itu hanya bekerja sebagai pembantu kedai, tentulah hidupnya penuh tekanan.
Saya rasa ibu tersebut tidak ada ruang untuk mengadu dan melepaskan perasaannya hingga sanggup MEMBAKAR diri. Terlalu marah, terlalu sedih, terlalu hampa dan terlalu kecewa agaknya.
Jadi anak-anak yang dikasihi sekalian, jagalah hati ibu. Sayangi ibu. Bantu ibu. Belai ibu. Berlembut dengan ibu. Sanjung ibu. Bukankah kalau kita orang Islam, dengan mengatakan 'eh' atau 'uh' kepada ibu sahaja pun sudah dahsyat balasannya oleh Allah. Inikan pula jika menyakitkan hati ketahap ibu sanggup MEMBAKAR diri.
SEKARANG juga anak-anak pergilah salam, peluk, cium dan minta maaf kepada ibu. Mudah-mudahan hidup anak-anak akan lebih bahagia dan bermakna dengan keredhaan ibumu.
Sekian dari saya, semoga anak-anak berjaya didunia dan diakhirat dengan menghormati ibu-ibu.
Saturday, January 9, 2010
LEHER PANJANG
Friday, January 8, 2010
TAK DI MAKAN API
Salah satu sebabnya ialah anak-anak tersebut semasa kecilnya tidak melalui proses pembakaran (TARBIAH) .
Tidak diajar bersusah payah. Tidak diberi disiplin supaya menghormati orang tua, keluarga, jiran, dan sahabat handai. Tidak diajar sifat-sifat murni yang lain, jadi bila masuk ke zaman remaja, mereka hangus terbakar oleh suasana keliling.
Bagi kita yang masih ada anak-anak kecil, didiklah mereka dengan nilai-nilai murni. Dedahkan mereka dengan keadaan yang serba sederhana. Jangan suap mereka dengan "Silver Spoon". Ajar mereka hormat-menghormati . Dalam kata pendek, ajarkan mereka pendidikan AGAMA ISLAM. Insya-Allah inilah kunci keamanan untuk dunia dan akhirat.
Thursday, January 7, 2010
AZAM BARU
Dalam mentafsir surah Al-Waqiah , seorang penceramah memberitahu saya , kalau ditakdirkan kita tahu esok akan kiamat ,dan kita seorang petani kita tidak sepatutnya berhenti bercucuk tanam . Begitulah kuatnya arahan supaya tidak berputus asa dalam kehidupan kita.
Kalau kita seorang penuntut jangan putus asa kalau gagal sekali. Jika sakit , jangan merungut bila lambat sembuh.Kalau kita pendakwah , jangan kesal bila manusia belum berubah , dan banyak contoh-contoh yang lain. Pokoknya dalam kehidupan ini kita mesti mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap pertolongan Allah dan jangan sesekali berputus asa.
Bertawakallah kepada Allah seperti dalam surah At-Thalaq ayat 3 maksudnya "Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah maka Dia pasti mencukupi untuknya " Terima kasih , selamat beramal dan sampaikan kepada keluarga, jiran dan sahabat handai kita.
Wednesday, January 6, 2010
TANGGUNGJAWAB
Inilah satu soalan besar yang patut ditanya kepada kita semua sebagai ibubapa, sebab soalan ini boleh menjadikan anak tanggungan kita menjadi harta ( asset) ataupun beban ( liability) . Diantara sebab- sebab tanggungan kita menjadi beban ialah :-
1. Perselisihan ibu bapa ( Penceraian )
2. Masa lapang yang disalah gunakan
3. Percampuran yang salah
4. Layanan ibu bapa yang tak sesuai
5. Menonton , dan membaca cerita -cerita jenayah , sex dan lain -lain yang negatif
6. Ibu bapa mengabaikan anak -anak dan tidak memberi kasih sayang
Kalau kita sayangkan anak-anak dan jagaan kita , tambahlah pembacaaan pengajian dan pembelajaran supaya kita dapat kaedah yang terbaik untuk menangani masalah anak-anak zaman sekarang. Diantara buku yang saya rasa sesuai untuk dibaca ialah "Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam " jilid 1 dan 2 oleh Abdullah Nasih Ulwan .
Selamat menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.
Degilnya Manusia
Perkara yang saya hendak sampaikan disini ialah untuk solat berjemaah itu adalah perkara yang amat sukar.Berkawad dibawah panas terik boleh dilakukan , dengan keadaan yang lurus dan sama pula tu., menari boleh seirama , memanah, menembak boleh menepati sasaran dengan tepat. Tapi untuk menepati waktu solat amatlah susah , lagi susah kalau berjemaah.
Kalau dilihat keluarga kita pun sudah berbeza beza .Ada anak yang solat segera , ada yang disuruh baru solat. Ada isteri yang solat sesudah menonton drama TV dan macam macam perangai lagi.
Jadi saya menyeru kita semua supaya berusaha mengajak manusia semua untuk solat berjemaah. Yang lelaki disurau dan masjid . Kaum wanita memimpin jemaah dirumah. Kalau ini terlaksana banyak masalah masalah masyarakat yang memeningkan kepala kita zaman ini akan selesai dengan izin Allah , kalau tidak percaya cubalah solat berjemaah selama 40 hari tanpa henti . Insya-Allah.
Tuesday, January 5, 2010
Kucing berkomunikasi
Monday, January 4, 2010
Sunday, January 3, 2010
Jasamu dikenang
Lebih kurang dua bulan lalu ada dua ekor anak kucing ditinggalkan di hadapan rumah saya. Kedua-duanya dalam keadaan kurus, takut, dan lapar. Sebagai manusia biasa saya terpanggil untuk memberi mereka makan dan minum. Dari keadaan lemah,takut dan lapar mereka lama- kelamaan menjadi sihat, jinak, dan manja. Malam-malam kalau pintu tidak ditutup, mereka akan tidur bersama saya hinggakan semasa artikel ini ditulis pun mereka sibuk datang bermanja.