Friday, June 21, 2013

WAKTU MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM





Rasullullah S.A.W bersabda “Sebaik-baiknya manusia adalah orang yang diberi panjang umur dan baik amalannya, dan seburuk-buruk manusia adalah orang yang diberi panjang umur dan buruk amalannya”( HR Ahmad)

1. PELUANG : Waktu membuka peluang. Orang yang berjaya adalah orang yang menggunakan waktu ( peluang) dengan sebaiknya.

2. MENANG : Orang yang menang adalah orang yang menguruskan waktunya sendiri, bukan membiarkan orang lain menguruskan waktunya.

3. MATLAMAT : Orang yang pandai mengurus waktu akan mencapai matlamat yang dirancang mengikut jangka waktu yang ditetapkan.

4. SIFAT WAKTU :
a. Tidak boleh diputar semula .
b. Tidak boleh diganti .
c. Tidak siapa tahu bila waktu akan berakhir.

5. UKURAN KESAYANGAN WAKTU : Akan diterima ataupun dihakimi diakhirat kelak

6.  WAKTU-WAKTU YANG RUGI (TERLAMBAT):
a. Penuntut yang mendapat jawaban , tetapi waktu peperiksaan telah tamat
b. Manusia yang nazak ( akan mati ) ingin beramal semasa Malaikat menunggu untuk mencabut nyawanya.
c. Manusia diakhirat yang tidak dibenarkan kembali kedunia untuk membuat kebaikan.

7. WAKTU YANG BERNILAI :Waktu yang digunakan untuk mendapat redha Allah lebih bernilai dari segala-galanya. 

8. NIKMAT WAKTU : Dua nikmat yang manusia selalu terlupa. Nikmat sihat dan nikmat kelapangan waktu.

9. PERINGATAN WAKTU : Hisablah diri mu sebelum kamu dihisab, timbanglah kebaikan anda sebelum ia ditimbangkan bagi anda.

10. KATA-KATA HIKMAH BERKAITAN WAKTU : Kalau anda membazikan wang ringgit, anda akan jadi miskin, tapi kalau anda membazirkan waktu anda kehilangan hidup anda.

11. PEMBAZIR WAKTU : Telepon . Tetamu tak diundang . Internet. TV . Tekanan perasaan. (Stress, Kepenatan, Jemu, Marah. Hilang tumpuan . Rasa bersalah)



12. HADIS BERKENAAN WAKTU : Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
“Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara , masa sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati “ (HR al Hakim dan al Baihaqi)

13. SIKAP TERHADAP WAKTU :
a. Proaktif – mencari peluang
b. Reaktif – mengguna peluang
c. Pasif    -  tidak sedar akan kehadiran peluang

Akhir sekali , satu peringatan tentang waktu, “Tiada satu nafas yang terlepas dari kita, melainkan disitu pula ada takdir Allah yang berlaku atas diri kita” kerana itu hendaklah kita selalu menjaga agar dalam setiap nafas kita selalu kita upayakan dengan sekuat tenaga agar kita tetap berada dalam keimanan dan ketaatan padaNYA, serta jauh dari maksiat dan perbuatan dosa. Terima kasih.


Quote of the day



No comments:

Post a Comment