Thursday, June 6, 2013

BILL GATES YANG ZUHUD





Semasa Sukan Olimpik di Australia dulu, Bill Gates , pengasas Microsoft pergi kesebuah Kelab Malam yang tersohor di Sydney . Setiba  dipintu masuk dia tidak dibenarkan masuk, dengan alasan kelab malam itu adalah untuk ‘the rich and famous’ sahaja. Walaupun Bill Gates adalah diantara orang yang terkaya didunia, dia dengan tenang mengatakan “Ok lah lain kali aku akan cuba datang lagi” . Nampaknya ramai orang-orang Islam yang perlu belajar dari  Bill Gates berkenaan zuhud ini. 

Satu hari Ibrahim Adhan ditanya “Bagaimana tuan dapat melaksanakan zuhud dalam diri tuan?” Beliau menjawab “Aku melihat tiga perkara : aku nampak kesunyian kubur dan aku tahu aku tidak akan ada teman didalamnya. Aku tahu perjalanan aku amat jauh, dan aku tidak ada bekalan yang cukup. Aku tahu yang maha berkuasa akan menghakimi aku , dan aku tidak akan dapat membela diriku.”

Sahal bin Saad R.A berkata “Ada seorang laki-laki datang menghadap Nabi S.A.W lalu berkata, “Tunjukkan kepadaku suatu perbuatan yang bila aku melakukan , aku disukai Allah dan manusia.” Nabi S.A.W lalu bersabda “Zuhudlah dari dunia , Allah akan mencintaimu dan zuhudlah dari apa yang dimiliki orang, mereka akan mencintaimu” (Riwayat Ibnu Majah)

Pengajaran yang didapati dari sikap Zuhud:

1. Zuhud adalah perisai orang beriman

2. Zuhud dapat menjauhkan fitnah dunia yang bersifat sementara, tidak tetap, sering berubah , rendah dan hina

3. Zuhud tidak bermaksud meninggalkan harta, tapi satu ujian ketika kita diberi Allah  nikmatnya.

4. Kata Abu Bakar “Ya Allah jadikanlah dunia ditangan kami , bukan dihati kami”

5. Zuhud terhadap apa yang dimiliki manusia bermaksud tidak iri hati

Akhir sekali ingatlah pesanan Rasullullah S.A.W , maksudnya “Jadilah kamu didunia saperti orang asing atau musafir” ( HR Bukhari)

Terima kasih anak-anak , kawan-kawan, ibu-ibu. bapa-bapa kerana meluangkan masa berkongsi ilmu.

Quote of the day


No comments:

Post a Comment