Beberapa perogol dalam penjara telah diwawancara tentang cara-cara mereka mencari bakal mangsa. Faktanya amat berguna untuk mengelakkan lebih banyak dari menjadi mangsa lagi dan anda diharap dapat MEMBACA DAN MENYEBARKAN risalah ini dengan apa cara jua pun:
1. Perkara pertama yang diperhatikan perogol terhadap mangsanya ialah gaya rambut. Mereka yang berambut ‘pony tail’, ‘bun’, ‘braid’ rambut panjang atau rambut-rambut yang mudah dipegang terletak disenarai teratas yang akan jadi mangsa perogol.
2. Perkara kedua diperhatikan perogol ialah pakaian. Perogol akan mencari bakal mangsa yang berpakaian mudah dibuka. Perogol juga selalunya membawa gunting untuk memotong pakaian.
3. Perogol juga memerhatikan wanita yang sedang menggunakan ‘hand phone’ sedang mencari-cari sesuatu dalam dompetnya dan sedang leka berjalan. Wanita-wanita ini mudah ditangkap dan dilarikan.
4. Tempat yang selalu wanita diserang ialah dikawasan letak kereta kawasan membeli belah.
5. Tempat serangan kedua terbanyak kawasan letak kereta pejabat.
6. Tempat serangan ketiga popular ialah tandas awam.
7. Cara yang disukai perogol ialah mereka menangkap mangsa dan memindahkan ketempat kedua yang lebih selamat bagi perogol.
8. Kalau anda melawan atau membuat sesuatu yang menyusahkan perogol, mereka akan meninggalkan anda kerana tidak mahu membuang masa atau menarik perhatian umum.
9. Perogol-perogol mengatakan mereka tidak akan menghampiri mangsa yang memegang paying atau senjata saperti tongkat yang boleh digunakan dari jarak jauh.
10. Anak kunci bukanlah senjata kerana anda perlu menghampiri perogol untuk mencederakannya. Buat tindakan-tindakan lain yang menakutkan mereka.
Selain dari langkah-langkah mengurangkan risiko serangan oleh perogol-perogol saperti diatas, jangan lupa supaya kita sentiasa memohon pertolongan kepada Allah. Adab berpakaian dan pergaulan dalam Islam mesti sentiasa diikuti , kerana itulah sebaik-baik amalan untuk membanteras dari kemungkinan diserang perogol.
Di antara doa yang patut diamalkan ialah :
“BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WALA FIS SAMAIE , WAHUAS SAMI ‘UL ‘ALIM”
Ertinya : Rasullullah S.A.W didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya sama ada dibumi dan dilangit , dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui”
Sebanyak tiga kali , maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh tiga kali, ia tidak di timpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya. ( Riwayat Abu Daud, At Tirmizi dan Ahmad)
Terima kasih.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment