Lepas solat Isyak semalam terus balik kerumah walaupun ada jamuan di Surau. Kaki tiba-tiba kena gout dan celah paha kena kejangan otot pula. Tak lalu makan , tak boleh berjalan, solat subuh atas kerusi da tak dapat pergi solat Jumaat. Begitulah lemahnya kita sebagai manusia ini. Itupun manusia seolah-olah tidak sedar diri dan berterusan melawan Allah.
Oleh itu selagi kita diberi Allah peluang untuk bernafas, jadilah orang yang terbaik dan jauhkan dari kumpulan yang jahat. Saperti maksud Hadis Rasullullah S.A.W Abu bakar bercerita, bahawa satu kali seseorang bertanya kepada Rasullullah S.A.W , “ Orang saperti apakah yang paling baik?” Beliau menjawab , “ Orang yang panjang umurnya dan baik amalannya” Dia bertanya lagi , “Lalu orang saperti apa yang paling buruk?” Beliau menjawab , “Orang yang panjang umurnya , tapi buruk amal perbuatannya”. (Riwayat Tirmidzi)
Kalau dibayangkan keadaan manusia diakhirat nanti , ia amat menggerunkan . Manusia ketika itu lemah saperti anak kambing dan perlu dipapah. Allah menghantar Malaikat untuk membawa manusia ke Mahkamah Allah untuk dibicarakan . Qaf:21 (Setelah itu) datanglah tiap-tiap orang ( ke Padang Mahsyar ) , disertai ( dua Malaikat : yang satu menjadi ) pembawa dan ( yang satu lagi menjadi ) saksi.
Pada masa itu manusia menurut saja panggilan Allah dan tidak ada kuasa untuk engkar lagi. Sama-samalah kita ingat mengingati sebelum mati. Terima kasih.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment