Thursday, June 27, 2013

SESAT






Semalam pergi ke Bukit Ceras Kuala Lumpur, untuk mencari sebuah workshop dimana anak murid kawan saya menjalani latihan memperbaiki kereta. Kami tidak dapat mencari bengkel tersebut kerana tidak dapat melihat papan tanda dan nama jalan yang ada, semuanya tertuutp dengan ‘sticker’ Ah Long dan iklan iklan lain. Terus saya terfikir , inilah punca ramai manusia didunia ini berada dalam kesesatan, disebabkan hati-hati mereka yang sentiasa tertutup oleh ilmu Allah.

Rasullullah S.A.W bersabda dengan maksud:

“Sesungguhnya dalam tubuh (manusia) ada seketul daging ,jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI  (HR Bukhari dan Muslim)

Dalam Hadis lain pula Rasullullah S.A.W bersabda dengan maksud :

“Dosa itu adalah perasaan ragu-ragu  dalam hatimu dan engkau tidak suka orang lain mengetahuinya.”



Allah pula mengingatkan hambanya supaya sentiasa  dengan keadaan hati terbuka bila dinasihati orang-orang yang soleh. Dalam firmannya yang bermaksud :

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama orang yang mengajak kejalan Tuhanmu dipagi dan petang hari kerana mengharapkan keredhaan Tuhannya. Dan janganlah pandanganmu berpaling dari mereka kerana inginkan perhiasan dunia. Dan janganlah kamu taat kepada mereka yang telah kami palingkan hatinya dari mengingati Allah dan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan sesungguhnya keadaan mereka itu amatlah melampui batas.” (Al Kahfi:28 )

Pagi tadi terbaca dalam facebook seorang gadis Islam meletakkan ‘LIKE’ pada page ‘CARLSBERG’ ( Jenama arak ) tetapi memohon pada Allah untuk diluluskan peperiksaan. Inikah hati yang telah tertampal ( ditutupi) oleh berbagai sticker hingga tidak tahu mana yang betul dan mana yang salah. Awasi hati anda. Terima kasih.


Quote of the day


No comments:

Post a Comment