Tuesday, June 11, 2013

TV PART 3 – APA CERDIK PANDAI KATA TENTANG TV





Banyak keputusan , tindakan dan hukuman manusia dilaksanakan berdasarkan pendapat orang bijak pandai. Apa kata, hari ini kita dengar pandangan orang bijak pandai tentang TV sebelum kita , anak-anak dan keluarga kita berhimpun dihadapan TV 

1. “Adakah anda sedar kita ini dijajah oleh TV ?” dari puisi An American Prayer by Jim Morrison.

2. “Mereka meletakkan butang ‘OFF’ pada TV dengan satu kegunaan ‘OFF’ pada TV anda ...”saya memang amat sedikit tengok TV” President George W Bush . SPAN Interview Jan 2005

3. “Anak-anak Amerika dan dewasa menonton 22 ke 28 jam TV seminggu , lebih dari segala aktiviti, kecuali tidur. Pada umur 70 tahun mereka akan menggunakan 7 ke 10 tahun dari hidup mereka menonton TV” Yayasan The Kaiser Family

4. “Padri Protestant menyalahkan penceraian , pengaruh negative dari media dan sifat kebendaan sebagai tiga ancaman besar kepada setiap keluarga” dari Illison Research study of 695 Protestant Church Ministers- October 2004

5. “Semua orang ada nilai, ....tetapi yang menakutkan aku ialah penghakisan system persekolahan.. dan TV dimerata tempat dengan perlahan-lahan membodohkan penduduk Amerika dan melemahkan daya pemikiran mereka” Jamie Raskin American University Law Professor Nov 2004



6. Dr. Danial Zainal Abidin dari Malaysia pula telah menulis berkaitan “Menjauhi Bahaya TV” dalam  bab 6 bukunya menghurai lanjut tentang sub topic “Bahayanya kesan TV keatas  kanak-kanak”:

1. Kesan TV keatas otak kanak-kanak

2. Kesan TV keatas pertumbuhan Fizikal dan Emosi

3. Kesan TV keatas pertuturan 

4. Kesan TV  keatas daya kreativiti

5. Kesan TV  keatas konsentrasi

6. Kesan TV keatas tidur

7. Kesan TV keatas Prestasi Akademik

8. Kesan TV keatas jiwa dan akhlak

Kalau orang cerdik pandai mengatakan TV itu banyak buruknya. Ulamak sudah lama menolak rancangan TV , hingga ada rancangan TV yang dikatogorikan haram. Cakap siapa lagi nak kita ikut. Kalau anda sayangkan anak-anak , cucu-cucu , keluarga dan generasi kita akan datang fikirkan lah semasak yang mungkin . Segeralah gunakan butang ‘OFF’ yang ada diTV anda. Terima kasih banyak-banyak.

Quote of the day


No comments:

Post a Comment