Hiba Ammar menulis :
Bila ayah saya meminang ibu saya ..... Dia menawarkan “Surah Ali-Imran” (yang telah dihafalnya). Sebagai mas kahwin (mahar) . Apabila bakal suami saya meminang saya, bapa saya memberitahu bakal suami saya supaya menghafal salah satu surah dari al Qur’an sebagai mas kahwin. Pernikahan tidak akan dilansungkan selagi saya tidak menerima mas kahwin tersebut. Saya diminta memilih surah yang akan dijadikan sebagai mas kahwin ..... saya memilih surah An nur...kerana ia agak sukar untuk dihafal.
Sebelum hari perkahwinan , kami sebok membuat persiapan tetapi bakal suami saya tidak akan lekang dengan al Qur’an , kerana dia mesti menghafal surah tersebut sebagai mas kahwin.Beberapa hari sebelum hari perkahwinan , dia berjumpa bapa untuk ‘membacakan’ mas kahwinnya. Bapa mengingatkan bakal suami saya yang dia kena mengulang bacaan tersebut dari mula kalau dia terlupa dimana-mana bahagian.
Bakal suami saya membaca surah tersebut dengan tenang dan suara yang jelas. Satu ‘pemandangan indah’ yang tidak akan saya lupakan. Emak dan saya saling berpandangan antara satu dengan lain diikuti dengan senyuman. Akhirnya bakal suami saya dapat membaca keseluruhan surah tanpa sedikit kesilapan pun.
Apabila bakal suami saya habis membaca hafalan surah An Nur tersebut, bapa memeluk dia dan berkata “Hari ini aku akan kahwinkan anakku dengan kamu kerana kamu telah menunaikan janji menghafal surah tersebut sebagai mahar ( mas kahwin).
Saya tidak meminta emas atau barangan lain sebagai mas kahwin , memadailah dengan ‘kata-kata Allah’ sebagai janji dan kontrak dia dengan saya. Sambil termenung sebentar, saya terbayang , apakah pula yang akan diminta oleh anak perempuan saya sebagai mahar ( mas kahwinnya) nanti ?
Terjemahan dari : Mohammedahmed
Quote of the day
No comments:
Post a Comment