Sunday, June 9, 2013

TAK SEMPAT SOLAT




Minggu sudah , selepas solat Magrib di surau , seorang sahabat bergegas mengajak saya kesatu lokasi kemalangan motosikal di SS18 , Subang Jaya. Setiba ditempat kemalangan , seorang gadis India sedang memberi bantuan kecemasan. Penunggang motosikal tersebut patah kaki katanya. Seorang pemuda Cina telah memanggil polis dan ambulan. Dalam suasana yang agak kelam kabut itu , diselang seli dengan raungan kesakitan pemuda itu dia berkata “nampaknya tak sempat solat Magrib hari ini”

Cuba bayangkan dalam kesakitan pemuda tersebut masih ingat akan tanggung jawabnya kepada Allah. Berapa banyal manusia Islam yang leka , tidak menghiraukan waktu solat berlalu begitu sahaja. Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan solat fardhu :


NISBAH DOSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG
 
  1. Sembahyang Subuh  - Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam Neraka (bersamaan 60,000 tahun dunia).
  2. Sembahyang Zuhur - Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam.
  3. Sembahyang Asar - Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.
  4. Sembahyang Maghrib - Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (bagi lelaki) atau dengan ayahnya (bagi perempuan).
  5. Sembahyang Isyak - Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini dan digesa agar ia mencari bumi lain.
SIKSAAN KETIKA HIDUP DI DUNIA
 
  1. Allah mengurangkan keberkatan umurnya.
  2. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah.
  3. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam.
  4. Hilang cahaya soleh dari wajahnya.
  5. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.
SIKSAAN KETIKA SAKHARATUL MAUT
 
  1. Ia akan menghadapi sakharatul maut dalam keadaan hina.
  2. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan.
  3. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebayak tujuh lautan.
SIKSAAN KETIKA DALAM KUBUR
 
  1. Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya.
  2. Kuburnya akan digelapkan.
  3. Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.
SIKSAAN KETIKA BERADA DI AKHIRAT
 
  1. Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mashyar oleh Malaikat.
  2. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan.
  3. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka.
Jadi jangan sesekali kita terfikir untuk meninggalkan solat fardhu . Terima kasih.

Quote of the day



No comments:

Post a Comment