Akhir sekali , dalam dunia yang serba gila ini anda sedikit sebanyak mesti membuat persiapan diri, mental dan fizikal supaya tidak mudah dijadikan mangsa oleh perogol-perogol . Diantara tindak balas dan persiapan yang mesti diambil adalah :
1. Mengikut seni mempertahankan diri Tae Kwan Do, siku adalah bahagian badan anda yang paling kuat. Jika cukup rapat dengan pemangsa , gunakan siku anda sebagai senjata.
2. Jika perompak meminta dompet anda jangan berikan dengan tangan, baling dompet jauh dari anda dan lari kearah lain selaju mungkin.
3. Kalau anda dikurung dalam bonet kereta , tendang bahagian lampu isyarat belakang ( tail light) dan hulurkan tangan keluar. Lambai tangan keluar . Pemandu tidak akan nampak anda , tetapi orang diluar mungkin mendapat isyarat.
4. Kaum wanita selalu membelek ( melihat-lihat) dompet, membetulkan cermin atau bersolek apabila masuk kedalam kereta. Jangan lakukan begini. Bila masuk kereta ,kunci dari dalam dan pandu segera. Kalau anda lambat beredar , mungkin pemangsa akan mengambil kesempatan duduk disebelah dan mengacukan senjata.
5. Selalu gunakan lift dan bukan tangga. Tangga adalah tempat sunyi yang paling sesuai untuk jenayah dilakukan.
6. Tindakan keselamatan semasa memasuki kereta anda dikawasan tempat letak kereta :
a. Awas : lihat sekeliling kereta sebelum memasukinya. Lihat juga ditempat duduk sebelah anda atau dibelakang. Lakukan langkah keselamatan ini sebelum memasuki teksi.
b. Jika disebelah kereta anda ada van besar , masuk kereta melalui pintu penumpang. Selalunya pemangsa akan menarik wanita kedalam van semasa membuka kereta.
c. Lihat kereta bersebelahan kereta anda. Jika ada lelaki duduk dibahagian penumpang hadapan , masuk semula kekedai tempat anda datang atau dapatkan bantuan pegawai keselamatan mengiringi anda.
7. Kalau pemangsa memiliki pistol, lari kemungkinan mereka menembak adalah 4 nisbah 100. Itupun mungkin anda tidak ditembak dibahagian anggota berbahaya.
8. Sebagai wanita, anda mungkin pengasihan , mahu membantu dan sympathetik . Jangan bantu tak kena tempat. Anda mungkin dirogol atau dibunuh. Ada perogol yang berlakon sebagai orang cacat atau lemah anggota. Hati-hati. Sangat berhati-hati kalau ingin membantu.
Sebagai pencegahan kepada perkara yang terkutuk itu dari berlaku, Allah telah berfirman dalam surah AnNur -30 bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan”
Rasullullah S.A.W pula bersabda dengan maksud .Dari Uqbah R.A Bin Amir R.A katanya Rasullullah S.A.W bersabda:
“Hindarilah olehmu masuk ke rumah-rumah wanita” Lalu bertanya seorang Ansar “Ya Rasullullah S.A.W bagaimana pendapat anda tentang ( saudaranya, anak saudara dan sebagainya ) . Jawab Rasullullah S.A.W “Bahkan itu lebih berbahaya” (HR Muslim)
Terima kasih dan harap sebarkan risalah ini.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment