Monday, June 3, 2013

HILANG ANAK





Baru-baru ni , 31mei 2013 saya tak berapa sihat . Badan panas , lengoh-lengoh dan tekanan darah naik hingga 160/90 , saya ambil keputusan untuk tidak kesurau untuk solat Magrib. Tiba-tiba saya dan isteri dikejutkan dengan bunyi ibu kucing yang amat kuat. Bunyi saperti itu selalunya menandakan dia kehilangan anak. Saya minta isteri cari anak kucing tersebut dicelah-celah taman, tempat anak kucing itu selalu tidur, tapi tak jumpa. 

Kami biarkan saja ibu kucing itu menjerit, tetapi dia menjerit bertambah kuat. Dia datangi saya seolah-olah meminta tolong carikan anaknya. Hujan mula turun, mau tak mau saya bangun dan cari diluar rumah. Rupa-rupanya anak kucing itu telah memanjat pokok, tapi tidak boleh turun.Dengan perasaan letih, sejuk, panas badan , saya mengambil tangga yang sudah lapuk, menyandarkan dedahan pokok.Anak kucing diambil , tetapi ketika itu anak tangga tergelincir dari dahan pokok, dengan keadaan isteri yang cemas, suasana bertambah getir. Akhirnya semua berakhir dengan selamat, walaupun cemas. Alhamdulilah . Tahniah kepada ibu kucing yang bersungguh-sungguh mencari anaknya untuk pulang kerumah diwaktu Magrib.






Persoalannya sekarang , ramai anak-anak muda kita sudah tidak kenal magrib, begitu juga waktu-waktu solat yang lain. Mereka terus bermain dipadang-padang , minum-minum dikedai mamak dan lebih menyedihkan lagi memadu asmara dibawah-bawah pokok dan taman-taman berhampiran rumah. 

Dulu-dulu ibu bapa akan datang mengejar anak-anak mereka yang sedang bermain waktu Magrib dan menyuruh anak-anak itu solat. Kemana kekuatan ibu bapa  saperti itu sekarang? Terlalu sibuk dengan tugasan. Dalam ‘traffic jam’ , masih ‘meeting’ .Walau apapun keadaannya , anak-anak adalh tanggung jawab kita. Kalau tidak didik dari sekarang, mereka akan mempersalahkan kita diakhirat.

Panggil anak-anak remaja sekarang . Ajak mereka bertaubat . Korbankan masa untuk kebaikan mereka. Bagi yang masih kecil mula terapkan nilai-nilai Islam yang dicadangkan dibawah:

1. Mulakan mengajar mereka betapa mustahaknya menyembah dan mengutamakan Allah dalam apa-apa keadaannya.

2. Didik mereka dengan kasih sayang dan akhlak yang baik.

3. Ajarkan mereka tentang hero Islam sebenar saperti Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali, bukannya Batman atau Superman.

4. Galakkan anak-anak duduk bersama orang dewasa terutama semasa mendengar ceramah agama.

5. Keluar bersama keluarga . Bawa mereka keluar bersama keluarga dan bukan membiarkan mereka bersendirian dengan geng’ mereka sahaja.
 
6. Buat mereka rasa dihargai. Buat keputusan keluarga bersama mereka.

7. Puji mereka ,tapi pujian mestilah kearah nilai-nilai Islam sahaja.

8. Jangan sesekali menjatuhkan air muka mereka.

9. Galakkan mereka bersukan .

10. Latih mereka melaksanakan tanggung jawab yang mampu mereka lakukan

11. Jangan terlalu memanjakan mereka.

12. Mesra dengan mereka tetapi bukan sampai tiada batas hingga menjadi saperti kawan.

13. Berjemaah dengan mereka dan bantu mereka melakukan solat diawal waktu.

14. Tekankan perkara halal. Pada waktu yang sama ajak mereka nersyukur tentang nikmat Allah yang lain.

15. Tunjukkan contoh yang baik.Anda adalah idola mereka nombor satu.

Kalau perkara ini diserapkan dari kecil, kita tidak perlu meraung ( saperti kucing saya tadi) untuk memanggil mereka dimalam hari. Semoga usaha kita semua dipermudahkan Allah dalam mendidik anak-anak. Terima kasih.

Quote of the day 



No comments:

Post a Comment