Kehidupan adalah satu aktiviti, ia bukanlah satu lakunan. Apatah lagi kalau kita hidup hanyalah untuk menonton kehidupan orang lain. Mulalah kurangkan menonton TV atas sebab-sebab berikut :
1. Ia mempengaruhi cara anda melihat dunia. Kehidupan yang dipaparkan dalam TV sangat jauh dari realiti.
2. Ia mempengaruhi cara anda berbelanja . Industri iklan telah membelanjakan (trillion US dollar) setahun untuk mempengaruhi pembeli.
3. Ia menjauhkan anda dari mereka yang tersayang dikeliling anda . Watak dalam TV hanyalah watak-watak khayalan.
4. Ia merompak tenaga berfikir anda yang begitu bernilai. Bila anda menonton TV, seluruh tenaga fikir anda telah ditawan.
5. Ia menggunakan banyak perbelanjaan , kewangan. Bayar bil api, beli TV, sewa siaran berbayar dan banyak lagi.
6. Ia mencacatkan kebolehan anda berfikir dengan betul. TV terlalu memudahkan cara penyelesaian masalah.
7. Ia tidak baik bagi kesihatan anda.
8. Ia membuat anda rasa tidak puas dengan kehidupan kerana segal-gala yang ada dalam TV berpaksikan kebendaan dan keseronokan.
9. Kurang tumpuan melayan pasangan dan merenggangkan tali kekeluargaan.
10. Rugi waktu yang sepatutnya dilakukan untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah saperti membaca , makan bersama, melakukan hobi, riadah, menikmati alam semula jadi ataupun menambahbaikan cita-cita anda. Tetapi yang lebih merugikan ialah mereka-mereka yang MENINGGALKAN IBADAH ATAU BERIBADAT SECARA SAMBIL LEWA SAHAJA.
TV juga dikatakan sebagai agen zina. Didalam Al Qur’an Allah menyatakan (maksud) dan janganlah kamu hampiri zina.
Rasulllulah S.A.W bersabda (maksudnya) :
“Zina mata adalah melihat perkara yang haram. Zina telinga adalah mendengar yang haram. Zina lidah ialah mengtakan sesuatu yang buruk disisi Islam. Zina tangan adalah bersentuhan dengan lelaki dan perempuan bukan mahram. Zina kaki melangkah ketempat yang dilarang. Zina hati pula mengharapkan sesuatu yang haram , dan anggota sulitlah yang melakukan atau menolak zina”
Semoga kita tidak tergolong kepada golongan diatas semasa menonton TV ataupun pada bila-bila masa.Terima kasih dan jangan lupa sampaikan pada mereka yang disayangi.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment