Thursday, June 20, 2013

BURUNG BERJALAN , MANUSIA BERENANG





Pagi semalam , sambil menunggu isteri membeli barangan diluar sebuah pasaraya di Subang Jaya, saya ternampak sesekor gagak sedang BERJALAN KAKI menyeberangi jalan.  Saya terasa agak ngeri kerana kereta begitu banyak lalu lalang. Sesudah mendapat sedikit makanan, burung gagak tersebut BERJALAN semula keseberang jalan. Sekarang saya sudah pasti yang gagak itu adalah golongan “BKU” ( Burung Kelainan Upaya)



Berhampiran tempat gagak tadi makan,terletak tong sampah yang sangat besar. Tiba-tiba datang seorang berbangsa Melayu, masuk kedalam tong samapah tersebut dan mengeluarkan semua bahan-bahan yang boleh dijual untuk kitar semula. Tong sampah tersebut agak kuat baunya, tetapi oleh kerana tekanan hidup , dia namapak ‘selamba’ sahaja, seolah-olah berenang didalam tong yang besar tersebut.

Begitulah kekayaan Allah , DIA memberi rezeki kepada semua makhlukNYA .tidak kira apa keadaan makhluk tersebut. Cuma ada yang dapat lebih dan ada yang kurang. Itupun atas sebab sesuatu hikmah yang hanya Allah mengetahui.

Itulah sebabnya Rasullullah S.A.W memperingatkan kepada kita supaya sentiasa melihat orang-orang yang serba kekurangan ini sebagai motivasi untuk kita bersyukur. Dari Abu Hurairah R.A katanya: Bersabda Rasullulah S.A.W :

“Apabila kamu memerhatikan orang yang lebih daripadanya, tentang kekayaan dan tubuh, maka hendaklah ia memerhatikan orang yang kurang daripadanya , disamping orang yang lebih daripadanya.”Hadis sahih riwayat Muslim

Sekian .Terima Kasih.


Quote of the day




No comments:

Post a Comment