Hari ini adalah Hari Jerebu SeMalaysia . Banyak sekolah-sekolah cuti sebagai tanda menghormatinya, termasuk semua sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur turut dicutikan.
Ramai yang mengadu sakit-sakit kepala, susah bernafas, batuk-batuk, pedih dan berair mata, sakit tekak, hidung berhingus dan banyak lagi.Ramai juga yang mula memakai purdah ( tutup muka) tak kira bangsa dan agama, demi untuk kesihatan.
Banyak ayat-ayat Al Qur’an yang menunjukkan kekuasaan Allah, diantaranya Surah Taha -23 , bermaksud (Berlakunya yang demikian itu ) kerana kami hendak memperlihatkan kepadamu sebahagian dari tanda kekuasaan kami yang besar”
Surah Adz Dzariyaat -20 maksudnya “Dan pada bumi ada tanda-tanda ( yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah ) bagi orang-orang ( yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin.
Juga pada ayat-ayat berikut:
Surah Al Jaathiyah – 3,4
Surah Taaha – 23
Surah Asy Syu’araa’ – 67, 121
Surah Al Mu’min – 81
Surah Al Hijr -81
Dan banyak lagi, yang perlu dibuat adalah membaca , memahami dan bertindak . Terima kasih.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment