TV dikatakan boleh mempengaruhi suri rumah bunuh diri. Kadar bunuh diri meningkat dari tahu ke tahun. Sekarang diantara 8 hingga 13 orang setiap 100,000 penduduk membunuh diri bersamaan 7 orang setiap hari ataupun lebih 2,000 kematian setahun.
Malah kajian menunjukkan mereka membunuh diri mengikut adegan filem yang mereka tontoni. Pakar Komunikasi dan Perunding Ishak Abdul Hamid dari UPM berkata perkara itu jelas dalam teori pengkaji Barat , George Gerbner. Mengikut teori tersebut golongan ‘heavy viewers’ yang terdiri dari individu yang banyak menonton Tv terpengaruh terhadap apa yang mereka tonton setiap hari. ( sumber petikan Kosmo)
Selain itu anak-anak yang kita dedahkan kepada TV sejak kecil lagi turut menerima risiko. Sama ada kita malas nak melayan mereka, ataupun sayang tak kena gaya, anak-anak menjadi mangsa terhadap keburukan menonton TV diantaranya:
1. Tiada fokus dalam kehidupan dan pelajaran .
2. Malas berfikir, kurang motivasi untuk bertindak, hilang kreativiti, serta sukar memberi pendapat bernas ( mengikut kajian di US )
3. Kurang produktiviti. Kepada mereka yang sudah ketagih pada satu-satu program akan menangguhkan kerja-kerja sekolah atau pun aktiviti bermain yang lebih menyihatkan badan.
4.Pengaruh Negatif. Perkara ini amat ketara hinggakan ia dibincangkan dipelbagai forum didunia. Ada satu kejadian dimana seorang budak memakai baju ‘superman’ terjun dari tempat tinggi hingga menemui ajalnya.
5. Letih dan mengantuk diwaktu sekolah . Pada umur yang kecil lagi anak-anak kita sudah mula rabun mata.
6. Obesiti. Kanak-kanak tidak cergas kerana kurang aktiviti fizikal. Makan pulak ‘junk food’ semasa menonton Tv . Anak-anak jadi mangsa kerana kecuaian kita.
7. Buang masa. Sudah tidak ada ‘quality time’ untuk belajar, beriadah apatah lagi beribadat.
8. Budaya Hedonisme. Hiburan, hiburan, dan hiburan.Satu hari anak-anak tidak akan rasa bersalah berpelukan dengan teman lelakinya, menyanyi dikhalayak ramai dan bercium didepan orang dewasa.
Ada kawan Indonesia saya mengatakan ‘bencana ini’ . Memang bencana kalau tidak berpegang pada agama. Tolong sama-sama kita selamatkan generasi akan datang dari bencana ini. Terima kasih.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment