Tuesday, February 12, 2013

SAYA BOLEH KASI INI ANJING MAKAN





Semalam cuti Hari Raya Cina . Jiran Cina sebelah rumah balik kampong . Tiba tiba saya nampak seorang pemuda datang memberi makan anjing jiran tersebut. Saya hampiri beliau dan memberi tawaran untuk membantu “Saya boleh kasi ini anjing makan , you tak payah mali hali hali” kata saya dalam bahasa pasar. “Takpe le bang saya pun tinggal tak jauh dari sini” jawabnya dalam bahasa Melayu yang fasih. Rupa rupanya dia seorang Melayu, saya tak kenal sebab dia memakai helmet cermin gelap. Mungkinkah satu hari nanti hati jiran saya akan terbuka dan berfikir tentang Islam atas pertolongan pemuda tadi.

Dizaman Rasullullah s.a.w banyak peristiwa saperti ini berlaku. Diantara cerita yang masyhur ialah apabila Rasullullah s.a.w melawat Yahudi yang sakit, walaupun Yahudi tersebut selalu melempar najis kerumah baginda. Begitu juga dengan cerita Rasullullah s.a.w menyuapkan pengemis Yahudi buta setiap hari, kemudian disambung oleh Saidina Abu Bakar setelah baginda wafat. Akhirnya dalam kedua –dua peristiwa diatas , Yahudi Yahudi tersebut memeluk Islam.

Saya ingin mengajak pembaca berfikir suasana kita diMalaysia. Orang orang Islam disini lebih banyak menerima dari memberi.Lebih banyak dibantu dari membantu.Sama ada dipejabat , tempat tempat kerja lain , dalam masyarakat atau dalam bidang politik. Orang orang Islam sentiasa ‘dibelanja’ oleh orang orang bukan Islam . Kita lebih banyak terhutang budi pada mereka . Bagaimanakah mereka nak melihat keindahan Islam itu?

Mudah mudahan dari saat ini kita semua akan melakukan banyak perkara yang boleh membuka hati orang orang bukan Islam diMalaysia untuk melihat keindahan Islam itu. Dibarat , mereka mereka yang baru memeluk Islam telah bersegera melakukan kerja kerja dakwah termasuk membantu orang orang bukan Islam yang hidupnya dalam kecelaruan.Kita mulakanlah sesuatu , walaupun setakat memberi anjing jiran makan semasa mereka bercuti.


Quote of the day

Only empty hand can hold . Give something to get something.

No comments:

Post a Comment