Wednesday, February 6, 2013

JANJI DITEPATI




Ramai orang di Malaysia kebelakangan ini memperkatakan tentang janji ditepati.Hinggakan slogan kemerdekaan kita baru-baru ini juga berkenaan “Janji di tepati” Janji memang sepatutnya ditepati . Hinggakan salah satu ciri orang munafik dalam Islam ialah sebab tidak menepati janji.

Dalam kita sibuk memperkatakan orang itu , orang ini tidak menepati janji , kita terlupa tentang janji Allah dan janji kita dengan Allah. Janji kita dengan Allah “Sesungguhnya solatku , ibadahku, hidupku dan matiku semata-mata kerana Allah s.w.t.” . janji Allah dengan kita pula, setiap perbuatan mungkar akan dibalas dengan neraka dan perbuatan makruf akan dibalas dengan syurga. 

Firman Allah s.w.t :
“Dan Allah telah berjanji kepada orang orang yang beriman di antara kamu dan yang mengerjakan amalan yang soleh bahawa Dia (Allah) pasti akan menjadikan mereka berkuasa di atas muka bumi sebagaimana Dia (Allah) telah menjadikan orang orang sebelum mereka berkuasa, dan pasti Dia(Allah) akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah di redhaiNya untuk mereka”.(Surah An Nuur –ayat 55)


Cuba kita sama-sama muhasabah sedikit tentang diri kita .
1. Aurat sudah ditutup?

2. Solat sudah cukup dan sempurna?

3. Hak sesama Islam , hak keluarga dan hak jiran telah terlaksana?

4. Ilmu agama pada anak-anak dan tanggungjawab kita telah di ajar?

5. Ugama Allah telah di sebarkan dan ditunaikan semua yang dijanjikan?

Banyak lagi jika hendak di bincangkan. Yang perlu kita mesti tunaikan janji kita dengan Allah , kerana janji Allah pada kita pasti akan ditepati Allah.
Bertindaklah sebelum terlambat. Terima kasih.


Quote of the day

Worry about Allah and what he wants you to do and He will take care of your  worries, Inshaa Allah.


No comments:

Post a Comment