Friday, February 8, 2013

33 NASIHAT IMAM SYAHID HASAN ALBANNA



1. Hendaklah anda mempunyai wirid harian dari kitabullah tidak kurang dari satu Juzuk. Fikirkanlah juga ertinya.

2. Hendaklah anda mengkaji sirah Nabi dan sejarah para sahabat. Banyak membaca hadis Rasullullah s.a.w dan cuba hafal sekurang-kurangnya 40 hadis.

3. Segerakan berubat bila sakit. Elakkan amalan dan pemakanan yang menyebabkan lemah kesihatan.

4. Jangan berlebihan mengambil kopi, teh dan minuman peransang. Elakkan sama sekali merokok.

5. Hendaklah perhatikan kebersihan dalam segala hal kerana agama dibina atas dasar kebersihan.

6.  Hendaklah sentiasa jujur dalam berkata dan jangan sesekali berdusta.

7.  Hendaklah menepati janji , jangan mengingkarinya dalam apa keadaan pun.

8. Hendaklah berani dan terus terang dalam mengatakan kebenaran, tahan menyimpan rahsia , berani mengakui kesalahan dan sabar menahan marah.

9.  Hendaklah sentiasa bersikap tenang dan serious , tetapi janganlah sampai tidak senyum dan tertawa pada tempatnya.

10.  Hendaklah mempunyai rasa malu yang kuat dan juga bersikap rendah diri. Peka kepada kebaikan dan keburukan.

11. Hendaklah bersikap adil dan benar meskipun merugikan orang yang dekat dengan anda.

12.  Hendaklah menjadi pekerja rajin dan terlatih dalam aktiviti aktiviti sosial , selalu melawat orang sakit , membantu yang memerlukan dan meringankan derita orang yang terkena musibah.

13. Hendaklah pengasih, dermawan, toleren, pemaaf, lemah lembut terhadap manusia dan binatang . Jaga etika pergaulan Islam dengan semua manusia. Jangan sesekali mengumpat.

14. Banyakkan membaca dan menulis. Sebarkan ilmu yang anda miliki. Ujudkan perpustakaan  walaupun berskala kecil dirumah anda.

15. Hendaklah melakukan tugas tugas seharian secara cermat dan berkualiti.

16. Jangan menunda nunda pekerjaan . Selesaikan hak anda dan hak orang lain dengan sempurna dan secepat mungkin.

17. Jauhi judi dan jauhi mata pencarian haram , walaupun keuntungannya besar. Jauhi juga riba’

18. Bantu kegiatan ekonomi  umat Islam . Beli makanan , pakaian atau produk produk yang dihasilkan umat Islam.

19. Hendaklah menyumbangkan kewangan dalam kegiatan dakwah. Tunaikan kewajipan zakat dan bantu mereka yang memerlukan.

20. Hendaklah menyimpan sebahagian pendapatan untuk persiapan hari hari sukar . Jangan sesekali menyusahkan diri untuk mengejar kemewahan.

21. Hendaklah menghidupkan tradisi Islam dan hapuskan budaya asing dalam hidup anda. Amalkan sunnah dalam aktivit tersebut.

22. Hendaklah sentiasa merasa diawasi Allah.

23. Hendaklah sentiasa dalam keadaan berwuduk disebahagian besar waktu anda.

24. Solat menepati waktu dan usahakan untuk sentiasa berjemaah dimasjid.

25. Sentiasa perbaharui taubat dan istighfar  anda. Hati hati dosa kecil apatah lagi dosa besar . Gunakan masa sebaik mungkin.

26. Hendaklah menundukkan pandangan anda menahan perasaan dan mengawal nafsu. Lakukan hanya yang halal dan jauhi yang haram dalam apa keadaan pun.

27.Jauhi makanan dan minuman yang memabukkan.

28.Jauhi dari bergaul dengan orang orang jahat, rosak akhlak dan jangan pergi ketempat tempat maksiat.

29. Jauhi cara hidup bermewah-mewah

30. Hendaklah mengetahui sahabat anda secara terperinci. Tunaikan hak ukhuwah mereka dengan penuh kasih sayang.

31.Hendaklah elakkan hubungan dengan organisasi atau jemaah yang tidak membawa faedah kepada fikrah anda.

32. Hendaklah anda menyebarkan dakwah dimana sahaja anda berada dan memberi penjelasan tentang fikrah Islam sebenar.

33. Hendaklah sentiasa menjalinkan hubungan baik secara rohani mahupun fizikal dengan jemaah serta sentiasa siap siaga untuk mematuhi arahan jemaah.


Quote of the day

Gratitude to Allah should be as regular as your heartbeat.  

No comments:

Post a Comment