Dihalaman rumah saya banyak kucing kucing jalanan singgah makan. Ada juga kucing kucing tersebut terus tinggal dirumah bersama saya. Makanan sentiasa saya sediakan sebab mereka makan tidak serentak.
Oleh kerana makanan sentiasa ada , tikus tikus pula mengambil kesempatan tumpang makan dan tinggal dikawasan yang sama bersama kucing. Satu perbuatan yang sangat bahaya. Tinggal di kawasan yang kependudukan kucingnya amat tinggi.
Satu hari saya nampak seekor tikus telah menjadi mangsa kucing. “Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh kebumi juga”.itulah bahayanya kalau berkawan dengan orang orang jahat (musuh). Satu hari kita akan ditimpa bahaya juga.
Imam Al-Ghazali telah memberi panduan ringkas bagi kita untuk memilih kawan, diantaranya;
1. Berakal
2. Berakhlak
3. Soleh
4. Bersederhana
5. Bercakap benar
Hadis berkaitan kawan :
Rasullullah s.a.w bersabda “Seseorang insan adalah terikut -ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat” . ( HR Al-Tirmizi dan al- Hakim)
“Jangan bersahabat kecuali dengan orang Mukmin”. ( Riwayat Abu Daud)
“Setiap dua orang Mukmin bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah”. ( Riwayat Abu Daud)
“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih” (Riwayat Malik) .
Semoga kita beramal dan selalu berpandu kepada hadis hadis Rasullullah s.a.w supaya hidup kita berada diatas landasan yang betul . Terima kasih.
Quote of the day
Beware of this world , for it is sweet and tempting.
No comments:
Post a Comment