Friday, February 22, 2013

AWAS ! ANDA DIEKORI





Baru baru ini seorang ibu berumur 38tahun meninggal dunia apabila lif yang beliau naiki, putus kabel dan terjatuh ke bumi dari tingkat 5 sebuah bangunan. Begitulah ketetapan ajal yang telah dijanjikan Allah , sesaat tidak awal  dan sesaat tidak lambat, walaupun didalam lif yang sedang bergerak. Dalam Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud :

“Dimanapun kamu berada , kematian akan mendapatkan kamu , walaupun kamu berada didalam  benteng yang tinggi dan kukuh” An-Nisa: 78



Kalau kita selalu membaca akhbar atau menonton TV , tentu kita akan dapat menyaksikan MAUT sentiasa mengekori manusia kemana-mana . Ada yang bertemu maut dibawah lori, ada bertemu maut dikelab malam . Ada pula bertemu maut semasa membawa isteri orang bersiar siar, ada dalam sungai , laut, longkang . Ada bertemu maut ramai-ramai, dalam bas , bot atau kapal terbang. Ada maut tengah main bola. Ada maut tengah hisap dadah, hisap rokok dan ada bertemu maut semasa makan buah Melaka. AWAS ! ANDA DIEKORI MAUT dimana –mana. Mati tetap mati , Allah telah menyatakan dalam Al-Quran bermaksud :

“..Setiap yang hidup pasti akan merasai mati” Surah Al Anbiya:35 



Kalau kita telah mengetahui hakikat ini , satu kepastian yang kita kena buat sekarang ialah mempersiapkan diri dengan bekalan sesudah mati. Rasullullah s.a.w telah menyatakan cara pelaburan yang paling bijak , dimana kita akan menerima hasilnya walaupun kita sudah meninggal dunia. Skim ini lebih baik dari skim cepat kaya, fix deposit, saham atau pelaburan-pelaburan besar yang kita pernah terfikir. Maksud Hadis Rasullullah s.a.w  :

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manafaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya” (HR Muslim dan lain lain)

Tiga bidang pelaburan yang kita patut tumpukan ialah :

1. SEDEKAH JARIAH

Ambil peluang sebanyak mungkin untuk melabur dalam bidang ini. Saya rasa ditempat kita tinggal pun banyak memerlukan sedekah jariah, tapi lebih baik kalau kita dapat membantu kawasan kawasan yang lebih dhaif, lebih memerlukan saperti dikampung-kampung ataupun pendalaman.

2. ILMU BERMANAFAAT

Luas sekali bidang ini. Sampaikan apa apa kepakaran anda sama ada disurau/masjid atau jadilah sukarelawan mengajar.mendidik murid murid yang lemah. Atau bentuk kumpulan yang boleh mendidik petani, peniaga atau usahawan kecil di negara kita. Kalaulah anda mempunyai kemampuan yang lebih besar , bukalah yayasan dan sebarkan ilmu ke merata dunia, khususnya kepada ramai orang orang Islam yang masih mundur dan memerlukan didikan agama.

3.DOA ANAK SOLEH/SOLEHAH

Ini memerlukan tindakan segera. Kalau anda telah mendidik anak secara Islam dari kecil, Alhamdulillah . Kalau belum , segerakan , masih belum terlambat. Kalau anak anak berdoa untuk kita hari-hari pun tidak berguna , kalau mereka tidak solat. Dirikan solat dalam kehidupan anak anak kita dan amalkan ibadah wajib yang lain. Aurat mereka mesti ditutup . Makan dari sumber yang halal. In shaa Allah pelaburan kita menepati saranan Rasullullah s.a.w.
 
Banyak amalan yang boleh kita lakukan , yang penting jangan putus asa. Teruskan beramal kerana AWAS! MAUT MENGEKORI ANDA .

Quote of the day

“Indeed ,with hardship will be EASE”

No comments:

Post a Comment