Thursday, February 21, 2013

MONYET MENGANTUK


Kepada mereka yang tinggal ditepi pantai tentu sekali melihat monyet bermain di pokok- pokok bakau. Bila angin kencang monyet monyet tersebut akan berpegang pada dahan dahan pokok supaya tidak jatuh, termasuk anak anak kecilnya.




Tapi bila cuaca baik , angin sepoi sepoi bahasa monyet kekenyangan mengantuk pulak tu , ada yang terjatuh kebawah. Kalau ada buaya atau biawak menunggu di bawah tentulah monyet tersebut akan meninggalkan alam bakau dan pergi kealam baka’.




Kalau kita mengambil iktibar dalam kehidupan kita, angin kencang tersebut adalah ujian .Dalam hal ini Allah berfirman bermaksud :

“Tiap tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan , dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan (Surah Al-Anbia: 35)

Bila manusia di uji dengan kesusahan , ramai yang berjaya menghadapinya . Mereka lebih banyak bersolat, berdoa pada Allah , membaca Al- Quran dan melakukan ibadat lain, supaya Allah mengeluarkan mereka dari ujian dan kesusahan tersebut.

Malangnya apabila manusia dikurniakan dengan kesenangan , tidak ramai yang tahu bahawa kesenangan juga adalah satu bentuk ujian. Mereka mula lupa pada Allah , melambat lambatkan ibadat ataupun ada yang langsung lupa pada Allah. Mereka juga menyangka bahawa kejayaan mereka adalah semata –mata atas usaha mereka sendiri.

Dalam hal ini Allah telah berfirman yang bermaksud :

“Dan apabila kamu ditimpa bahaya dilautan , nescaya hilang semua yang ( biasa) kamu seru, kenali DIA ( Allah) .tetapi apabila DIA menyelamatkan kamu kedaratan , kamu berpaling  ( dari Allah ) dan manusia memang selalunya kufur” ( Surah Al Israa: 67 )

Itulah sebabnya ramai manusia yang terjerumus kekancah maksiat apabila mereka diuji dengan kesenangan dan kemewahan , saperti monyet yang terjatuh dari pokok bakau tadi, dalam kekenyangan dan nikmat dunia yang melimpah ruah.

Bagi kita umat Islam , walau apapun yang ditakdirkan Allah , kita sentiasa dalam keadaan beruntung saperti maksud hadis Rasullullah s. a.w :

“ Amat ajaib keadaan seorang mukmin , sesungguhnya semua keadaannya adalah baik belaka. Ini tidak berlaku kecuali pada seorang mukmin. Sekiranya dia dikurniakan kesenangan dia akan bersyukur dan ini baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa kesusahan pula dia akan bersabar dan ini juga baik untuknya” ( Hadis Riwayat al-Imam Muslim no.5318) 

Sentiasalah kita berpegang kuat kepada pohon Islam walaupun angin tidak bertiup kencang. Terima kasih atas meluangkan masa dan tolong sampai-sampaikan jika ada kebaikan.

Quote of the day

Thinking will not overcome fear but action will.


No comments:

Post a Comment