Allah menyatakan dalam Al Quran yang bermaksud ;
“Allah menjadikan untuk kamu rumah rumah kamu sebagai tempat yang menyenangkan” (Surah An Nahl:80)
Walaupun anda ditakdirkan tinggal dirumah yang kecil tidak semestinya anda tidak boleh hidup selesa . Rumah teres ini umpamanya mempunyai halaman berukuran 21kaki x 31 kaki . Saya menanam banyak pokok dikawasan rumah , hingga kelihatan saperti taman dalam resort.
Ada teman teman yang datang kerumah berkata “nak cari pintu rumah pun susah , macam dalam hutan” kata mereka.
Ada juga pokok pokok yang berbunga saya tanam supaya ia dapat memberi warna kepada taman dan dapat menarik rama rama atau burung untuk datang menghisap madu bunga , seolah olah mereka turut sama berzikir.
Aksesori taman saperti sarang burung , rumah burung , pasu , tempayan , basikal tua , bubu dan tunggul kayu disusun di keliling taman supaya menimbulkan nostalgia dan renungan bersama yang kita semua akan ‘disimpan’ satu hari nanti sementara menunggu hari pembalasan.
Oleh kerana kos untuk bercuti atau bersantai diresort sekarang amat tinggi saya cuba membawa suasana resort dirumah dengan menyusun batu batu sungai , kerusi kayu dan menanam pokok kelapa ditepi kolam.
Semua yang disusun dan ditanam ditaman rumah saya ini cuma dapat menghias pandangan sahaja. Hakikatnya ada perkara lain yang tersirat yang dapat saya perolehi , yang saya istilahkan sebagai TERAPI ALAM :
1. Kawasan rumah sentiasa sejuk.
2. Burung burung datang bertandang menyanyikan lagu alam dan rama rama menambah seri taman.
3. Hari hari saya riadhah dengan menyiram pokok dan menyapu daun yang gugur.
4. Kedudukan pokok pokok dihadapan pintu dapat menghalang pandangan kedalam rumah , walaupun kaum wanita tidak bertudung.
5. Mengikut kajian dari satu majalah ‘landscape’ bil elektrik ‘airconditioner’ juga berkurangan dengan adanya pokok pokok disekeliling rumah.
Rasullullah s.a.w menyeru umatnya supaya menjaga kebersihan rumah sebagai sebahagian daripada syiar agama. Sabda baginda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah itu baik, Dia sukakan kebaikan , Dia bersih suka kepada kebersihan . Dia mulia suka kepada kemulian . Dia juga pemurah suka kepada kemurahan. Oleh itu bersihkanlah rumahmu , jangan kamu menyerupai rumah orang orang Yahudi”.
Kalaulah semua kita beramal dengan ajaran Islam , tentulah proses menghijaukan Malaysia akan dapat dicapai secepat mungkin. Kebahagian pula berada dimana mana , kalau kita sentiasa bersyukur pada Allah , walaupun tinggal dalam “Rumah disewa dan Dunia dipinjam”. Terima kasih banyak banyak
Quote of the day
Your time is limited . Don’t waste it living someone else’s life.
No comments:
Post a Comment