Pada satu bulan Ramadhan , beberapa tahun lalu saya diminta sahabat seusrah menulis dan menyampaikan sebuah sajak, dengan harapan menyuntik semula semangat juang Rasullullah s.a.w kepada hadirin. Saya memilih tajuk : ‘SEMANGAT BADAR’ kerana perhimpunan itu dihadiri ramai anak muda yang mungkin sudah terlupa kisah perjuangan Rasullullah s.a.w .
Kalian tau
Tanggal 17 Ramadhan 2 Hijrah
Perang pertama bagi umat Islam
Dinamai 'Perang Badar'
Turun padang bersama Rasullullah s.a.w
Tidak seberapa
Manusia 313
Kuda 3
Unta 70
Baju besi 6
Pedang cuma delapan
Tentera Kafir bersekutu pula
Gah persiapannya
Persiapan Si bongkak
Manusia berhati syaitan 1,000 ekor
Kuda yang dipaksa 100
Unta yang tak rela 700
Artis.. artis ? Artis muka tak malu turut sama
Pelik! Saat yang getir,
Huru hara , masa muka tak menentu
Masih mau berhibur!
Atau..mau kekubur?
Tapi ...ketentuan Allah amat berbeda
Kelompok Islam yang kecil – sukses
Memang tidak ada logika
Mentor agung , Rasullullah s.a.w membuktikan kepimpinannya
Protege saperti Umair Abi Waqas
Masih anak muda – syahid!
Kalian bagaimana?
Mulut ternganga menonton ‘mentor’
Melupai mentor agung Rasullullah s.a.w
Terpaku seakan disihir menatap ‘akademi fantasia’
Hanyut dalam fantasi kendiri
Istiqamah dengan rancangan reality TV
Melupai realiti Islam
Menjerit. Melalak. Melolong
Heboh sana ,Heboh sini lansung lesu
Tidak laungkan keagungan Islam
Tidak pertontonkan keindahan Islam
Tidak hidangkan kemanisan Islam
Malah menikus
Bila bicara negara Islam
Apa yang kalian buat?
Menggantikan debu Perang Badar
Dengan asap jerebu rokok- rokok jenama Amerika
Sembahyang malam jadi sembang malam
Baca al-Quran ganti baca Koran saja
Ahli zikir pupus
Tinggal ahli fikir yang terdaya cuma
Angguk-angguk dan geleng geleng semata
Ayuh kalian jangan tunggu amarahnya Allah
Jangan terlambat hingga sarapan cuma segumpal tanah liat
Jiran cuma barisan ,demi barisan mayat membisu
Barisan layu penuh sesalan , ketakutan menunggu balasan
Dikamar penuh sesawang
Ditemani Bani ulat
Bani cacing, tumpang sama menjamu selera
Bani ular , Bani kala datang bertandang sekadar untuk mendera
Kembalikan Semangat Badar mentor agung pastinya Rasullullah s.a.w
Tiada fantasi tapi realiti
Heboh kita hanya kalimah Toyyibah
Pesta, hanya majlis ilmu dan usrah
Angguk. Kita tuju pada kebenaran
Geleng. Tetap pada kemungkaran
Ayuh anak muda ! ayuh anak tua!
Datangi Islam rapat rapat
Akidah : Kita peluk erat erat
Matlamat negara Islam – hambat sampai dapat
Demi ‘SEMANGAT BADAR’!!!
Hari ini kita janji !
Hari ini kita janji !
Janji kita hari ini bukan cakap cakap
Tapi mesti ubah sikap
Sekarang kita ikrar : Jangan gagap gagap
ALLAHUAKBAR! ! !
Kalau anda sudi , bolehlah deklamasikan sajak ini ditempat tempat umum atau
dalam kursus kursus motivasi, dimana remaja perlu disedarkan semula akan arah
tuju mereka .Terima kasih
Quote of the day
He who obeys the Messenger , has indeed obeyed Allah ( An Nisa 4.80)
No comments:
Post a Comment