Saturday, February 23, 2013

POKOK TIDAK BERIMAN



 

Memang pokok tidak beriman , tapi ia memerlukan udara ( Oxygen) air (H2O ) dan matahari untuk hidup. Baru baru ini ada sejenis biji benih tumbuh dalam bilik air saya. Mula mula tumbuh dengan segar tapi lama kelamaan jatuh terkulai. Rupa rupanya ia tidak mendapat cahaya matahari walaupun udara dan air mencukupi.

Begitulah dengan manusia .Makan , minum , kemewahan dunia tidak mencukupi kalau iman tidak subur. Ramai orang orang kaya yang membunuh diri. Ramai orang orang terpelajar melanggar undang undang dunia apatah lagi undang undang Allah. Ramai yang bertahap pemimpin tersohor didunia berlaku zalim pada rakyatnya sendiri . Sebab?  Iman  tak subur . Alhamdulillah , apapun status kita sekarang yang mustahak suburkan Iman dan tingkatkan amalan pada Allah s.w.t . In shaa Allah hidup tidak akan layu saperti pokok ditandas saya.

CARA MENYUBURKAN IMAN

1. Bersyukur mendapat nikmat, sabar mendapat kesulitan.

2. Ikhlas dan tawakkal dalam segala amal perbuatan.

3. Jangan menyesal atau sedih berterusan dalam kegagalan.

4. Jangan putus asa dalam kegagalan dan jangan iri hati atas kejayaan orang lain.

5. Jangan sombong dalam kejayaan dan jangan tamak pada harta.

6. Jangan patah semangat kerana fitnah atau kezaliman.

7. Jangan berkeinginan melebihi kemampuan dan jangan diambil apa apa yang haram.

8. Jangan sakiti ayah dan ibu

9. Jangan mengusir orang yang meminta minta atau menyakiti anak yatim.

10. Jauhkan diri dari dosa dosa besar dan jangan biasakan dosa dosa  kecil.

11. Ikhlas dan khusyu’ dalam solat dan banyakkan berjemaah dimesjid.

12. Biasakan solat malam dan amalkan zikir dan doa.

13. Lakukan puasa wajib, puasa sunat dan santuni fakir miskin

14. Jangan takut kecuali pada Allah. 

15. Bersatu dan berpisah kerana Allah.

16. Penuhi janji yang sudah dibuat dan minta maaf jika gagal mematuhinya.

17. Jangan bermusuh kecuali dengan iblis dan syaitan.

18. Jangan terlampau takut pada manusia dan jangan percayai ramalan manusia.

19. Biasakan istighfar dan taubat pada Allah.

20. Hiasi rumah dengan bacaan Al Quran.

21. Rapatkan silaturrahim.

22. Tutup aurat mengikut tuntutan Islam.

23. Jangan membazir waktu.

24. Biasakan hidup bersih , tertib dan teratur.

25. Hormati guru dan ulama’

26. Selalu ingat akan saat kematian.

27. Bergaul dengan orang orang soleh

28. Jangan berdendam dan jadilah orang pemaaf.

29. Jangan  marah berlebihan.

30. Bantu dan tolong ringankan beban orang lain.

31. Jangan berdusta atau menyakiti hati orang lain.

32. Berlaku adil dan jaga amanah.

33. Jangan bukakan aib orang.

34. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya.

35. Luangkan masa untuk beriadah ataupun berkeriasi dengan keluarga.

36. Jaga perbuatan kita supaya tidak menyinggung atau menghina orang lain.

37. Jangan menunda atau melewatkan tugas dan kewajiban.

38. Bersabar dengan setiap ujian , godaan atau tentangan.

39. Yakinlah setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan.

40. Jangan berjaya diatas penderitaan orang dan jangan kaya dengan kemiskinan orang.



Quote of the day

God places the heaviest burden on those who can carry its weight.

No comments:

Post a Comment