Monday, February 4, 2013

“MAU ISLAM” – MAKAN BABI DULU




Jumaat baru ni  saya solat di Masjid Abu Bakar Subang Jaya. Sebelum solat , satu tazkirah pendek telah disampaikan oleh seorang ustaz bekas penganut agama Kristian. Ustaz Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah telah diberi Allah hidayah bila beliau membuat kajian perbandingan antara Islam dan Kristian dan perbandingan antara Quran dan Bible.

Sekarang sesudah belajar di beberapa institusi termasuk di Mesir , Ustaz Ikhwan sebuk berceramah tentang perbandingan agama di seluruh negara. Beliau juga telah beberapa kali bersiaran di TV dan Radio. 

Tetapi cerita gembira dan kejayaan Ustaz IKhwan ini bukanlah datang menggolek begitu sahaja. Satu peristiwa sedih semasa beliau mula mula memeluk Islam patut saya sampaikan.

Apabila keluarga Ustaz Ikhwan mengetahui beliau telah memeluk Islam , beliau telah di kurung  (di ISA katanya ) di rumah beliau selama sebulan . Kerap kali di paksa makan babi oleh keluarganya, hinggakan satu hari beliau di pukul kerana tidak mahu makan babi.Mulutnya disumbat dengan daging goring babi sehingga banyak juga daging tersebut yang tertelan .Begitulah pengorbanan hamba Allah dizaman moden ini semata mata kerana mahu kepada agama fitrah – Agama Islam. Kita yang dah Islam ini ,macamana?

Apakah ujian bagi kita untuk beramal dengan ajaran Islam .Tak pernah di pukul kerana solat, tak pernah di halang dari mengerjakan haji.  Tak pernah di larang dari berpuasa. Nak laksanakan zakat bila bila masa . Malah di alu-alukan dalam majlis tertentu.

Alhamdulillah kita dah dapat Islam secara percuma . Bersyukurlah. Tugas kita sekarang bukan saja beramal untuk diri kita sendiri , malah mesti menegakkan Islam dalam keluarga, masyarakat dan negara, ikut kepakaran dan kebolehan masing masing. Allah tidak akan tanya mengapa kamu tidak berjaya , tapi Allah akan bertanya mengapa kamu tidak melakukan ?


NOTA : Ustaz Ikhwan juga adalah peserta program Da'i (Pendakwah Milenia TV3, Sabtu 6pm) Beliau secara khusus menyebarkan Islam di Sabah. Oleh kerana tidak mendapat sebarang bantuan dalam kerja-kerja dakwah yang mulia ini, bantuan dari pembaca amat dialu-alukan. Ustaz Ikhwan boleh dihubungi melalui nombor (011-29875650). Terima Kasih.

Quote of the day

Try not be a man of success, but rather to become a man of value!

1 comment:

  1. Assalamualaikum pakcik. Apa khabar lama tak dengar berita. Harap sihat, ana baca post dekat blog ini sakit pakcik datang lagi. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita. Ini blog saya pakcik daiikhwan.blogspot.com alhamdulillah ana dh hbs stdy. Ana kehilangan no pakcik sebab no phone saya hilang. Yg dekat atas tu x pakai dah. Kalau blh delete je. Ustaz Ikhwan, dai pendakwah milenia

    ReplyDelete