Ramai suami diseluruh dunia yang gagal menjadi suami yang pengasih , penyayang dan mesra rumahtangga. Diantara faktor penyumbang kepada keadaan ini ialah gangguan dari luar rumah yang datang dari pelbagai sumber.
Di Amerika umpamanya gangguan media baru menyumbang kepada keruntuhan institusi rumah tangga. Mengikut Naib Presiden AAML ( Akademi Pengacara Perkahwinan Amerika) 60% perceraian diAmerika berpunca dari Facebook , 15% Myspace dan 5% Twitter.
Kita berdoa supaya trend ini tidak akan melanda Malaysia, tetapi syaitan tidak akan berputus asa untuk memecah belahkan anak Adam. Persiapkanlah diri kita dengan :
CIRI CIRI SUAMI BERJAYA
1. Berpakaian kemas untuk isteri anda, selalu nampak segak dan harum.
2. Panggil isteri dengan nama yang paling comel.
3. Perhatikan kebaikan isteri seharian dan beri tumpuan /pujian.
4. Jika ada kesilapan isteri , diam atau jangan komen.
5. Senyum selalu pada isteri , bukankah senyuman itu satu sedekah.
6. Ucapkan terima kasih untuk semua kebaikan isteri , dan ulang ucapan tersebut selalu.
7. Tanya isteri apa-apa yang dia suka kita lakukan , kemudian lakukan perkara tersebut selalu.
8. Jangan merendah-rendah atau pelekeh isteri anda.
9. Selalu bergurau atau berlawak dengan isteri .
10. Ingat hadis Rasullullah s.a.w “ Orang terbaik dikalangan kamu ialah mereka yang melayan isterinya sebaik mungkin. Dan akulah diantara kamu yang paling baik kepada keluarganya”.
Dan akhir sekali jangan lupa untuk berdoa pada Allah untuk kejayaan rumahtangga anda.
Quote of the day
To know oneself is to study oneself in action with another person.
No comments:
Post a Comment