Mengikut sumber JAKIM , pada tahun 2009 , setiap 15minit diMalaysia ini berlaku satu perceraian dalam keluarga Islam. Dari jumlah 135,136 perkahwinan pada tahun tersebut , berlaku 27,116 perceraian . Di Selangor pula terdapat 4,614 perkahwinan pada tahun yang sama dan 3,722 pasangan berakhir dengan perceraian.
Di sini saya ingin mencatitkan ciri ciri isteri yang berjaya supaya perceraian dapat dielakkan . Mencegah lebih baik dari mengubati .
CIRI CIRI ISTERI BERJAYA
1. Jadilah isteri terbaik seboleh mungkin . Banyak ciri ciri isteri solehah yang telah ditetapkan Islam , bacalah hadis hadis berkenaan.
2. Jangan tinggal solat. Sentiasa meminta keampunan dan keberkatan Allah dalam perkahwinan anda.
3. Fahami dan hormati suami anda. Isteri yang baik sepatutnya jujur, ikhlas dan sedar tanggungjawab melayan suami.
4. Penuh keyakinan . Bila berdampingan dengan suami tunjukkan keyakinan diri dan sentiasa ceria. Sebarang perubahan air muka akan dapat dirasai suami.
5. Berterus terang , jangan bercakap secara kias atau samar samar .Suami anda bukanlah pakar ‘membaca minda’.
6. Jangan harapkan bulan dan bintang . Suami ada kelemahan . Isteri ada kelemahan . Cuba sesuaikan dan redha dengan kekurangan masing masing.
7. Jangan jadi diri anda sebagai ‘Puan semua tak kena’ . Selalu berleter dan mencari salah suami akan mengeruhkan rumah tangga . Kalau suami cuba menolong kerja rumah biarkan, jangan pertikaikan cara beliau membuat kerja tersebut. Sentiasa bersyukur pada Allah tentang apa yang anda ada.
8. Terimalah sisuami seadanya. Dengan penerimaan tersebut anda akan lebih menghormati beliau . Dia pula akan bertambah matang dengan dorongan anda dan dapat berfikir dengan rasional dan tenang menuju matlamat bersama.
9. Berpakaian kemas dan menarik . Kalau anda seorang suri rumah , jangan pakai pakaian tidur anda sehari suntuk . Berkelakuanlah saperti seorang wanita , sopan dan lemah lembut.
10.Berkejarlah kepintu bila suami balik, seolah- olah anda menunggu kepulangannya . Senyum, peluk dan ciumlah suami.
11. Bantulah suami semasa keadaan susah . Dia memerlukan si isteri untuk mendengar , membelai dan memberi beliau kekuatan. Jangan mementingkan diri sendiri dalam keadaan getir.
Quote of the day
HAPPINESS – The happiest people don’t have the best of everything, they make the best of everything.
No comments:
Post a Comment