Kasihan. Pagi tadi nampak seekor anak kucing yang baru lahir bergerak-gerak diatas tanah dihalaman rumah. Masih bersambung dengan urinya. Kami sekeluarga panggil memanggil untuk melihat anak kucing yang baru lahir tersebut. Emak kucing tersebut buat tak tahu saja, walaupun dibawakan kepada anaknya. Kami sekeluarga berasa sedih melihat kejadian tersebut, tapi begitulah binatang , mesti ada hikmahnya.
Bagaimana dengan manusia pula. Buang anak sana, buang anak sini.Baru ini saya nampak dalam internet , ada orang jumpa bayi hanyut dalam ‘plastic bag’ dan masih hidup. Zalim! Balasannya nanti Allah saja yang tahu.Hukum membunuh bayi sudah jelas :
“Dan janganlah kamu membunuh anak anakmu kerana takut kemiskinan . Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar”. (al-Isra’ 17:31)
Dari Abdullah r.a : katanya dia bertanya kepada Rasullullah s.a.w , “Dosa apakah yang paling besar disisi Allah?” jawab Nabi s.a.w “Menyekutukan Allah , padahal Dia sendiri yang menjadikanmu. Yang demikian itu sangat besar dosanya” Kataku “Kemudian apa lagi?” Jawab Nabi s.a.w , “Membunuh anakmu sendiri kerana takut melarat(miskin)”. “Kemudian apa lagi?” Tanyaku pula . Jawab Nabi s.a.w “Berzina dengan isteri tetanggamu”. ( HR Bukhari dan Muslim)
Mudah mudahan semua pihak dapat sama sama menyumbang , bukan saja mencegah pembuangan bayi , tapi mencegah sumber sumber yang menggalakkan zina itu sendiri. Sesuai dengan peringatan Allah supaya “Jangan sesekali kamu menghampiri zina!”. Terima kasih kerana sudi berfikir bersama.
Quote of the day
If you educate a man , you educate an individual , but if you educate a female you educate a nation.
No comments:
Post a Comment