Dihalaman rumah saya , ditengah tengah Subang Jaya selalu sangat saya terjumpa pokok Mata Kucing tumbuh.Dari mana datang benih ini ? Rupa rupanya diterbangkan burung dari kawasan sekitar. Itulah sunnah alam ( dengan izin Allah) cara pokok menyebarkan benihnya.
Ada biji benih yang boleh diterbangkan angin . Ada yang dihanyutkan air. Ada yang melekat pada bulu binatang dan kaki burung yang berlumpur. Ada yang disebarkan melalui najis binatang. Ada yang jatuh dengan tarikan gravity , terpacak kelumpur saperti buah bakau.Begitulah terperincinya alam yang telah diprogramkan oleh Allah.
Apa yang kita boleh pelajari dari keadaan ini .Pertama kita mesti yakin bahawa kita semua perlu berdakwah mengikut kapasiti masing masing . Maksud Hadis Rasullah s.a.w :
“Siapa yang mengajak kepada kebaikan maka baginya pahala saperti pahala orang orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun, dan siapa yang mengajak kepada kesesatan maka baginya dosa saperti dosa orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun.” (HR Muslim)
Diantara kaedah dakwah yang boleh anda lakukan :
1. Berceramah atau mengajar
2. Menulis atau menyebar risalah agama
3. Membuat kerja kerja gotong royong
4. Selalu bersedekah atau memberi makanan
5. Melibatkan diri dalam kerja kerja amal
6. Ziarah orang sakit ataupun golongan miskin
7. Dampingi jiran jiran Islam dan bukan Islam
8. Gunakan media sepenuhnya, terutama media baru dimana kebanyakan kita mempunyai akses terhadapnya.
9. Tampilkan Islam dalam akhlak yang mulia.
10. Sebarkan salam dan senyum selalu ..dan banyak kaedah lagi.
Baru baru ini saya terbaca satu kesah . Dua orang banduan dalam penjara diThailand . Seorang Pakistan tak tahu berbahasa Inggeris , seorang lagi banduan dari Amerika tak tahu bahasa Pakistan. Akhirnya banduan Amerika tersebut memeluk Islam kerana katanya banduan Pakistan tersebut hari hari senyum kepadanya dan selalu memberi hadiah.
Walau apa pun , asas dakwah kita mestilah mengikut apa yang dikatakan Al Quran An Nahl- 125 :
“Serulah kejalan tuhanmu ( wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaandan nasihat pengajaran yang baik”.
Taha- 43
“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas dalam kekufuran”
Taha -44
“Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata kata yang lemah lembut ,semoga dia beringat atau takut”.
Teruskan berdakwah mengikut kebolehan dan kelebihan masing masing . Yang paling mustahak , buat , jangan tak buat !
Quote of the day
Learn the wisdom of compromise, for it is better to bend a little than to break.
No comments:
Post a Comment