Tuesday, February 26, 2013

RUMAH DISEWA , DUNIA DIPINJAM PART 2










Bahagian dalam rumah anda boleh dihias mengikut selera masing masing, dengan harapan ia memberi ketenangan dan dorongan kepada kita untuk mengujudkan rumah tangga yang bahagia. Mengikut hadis Rasullullah s.a w yang bermaksud :

“Empat perkara yang membawa kebahagian ia itu isteri solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa”. ( Ibnu Hibban)

Sebaik baik perhiasan dalam rumah ialah bacaan Quran , zikir , solat sunat dan amalan amalan baik yang lain . Walau bagaimanapun hiasan hiasan lain boleh juga digunakan asalkan ia mengikut panduan Islam, saperti maksud hadis Rasullullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya Malaikat  tidak akan masuk kerumah yang didalamnya ada patung (Bukhari dan Muslim)

Saya pula suka menghiasi dalaman rumah dengan barang barang lama, mungkin kerana umur yang dah lanjut ataupun nostalgia kenangan masa kecil kecil dulu.

Disamping itu saya cuba mengaitkan barangan tersebut kepada Islam supaya ia tidak menjadi perhiasan yang tidak bermakna selain dari hiasan semata mata . Misalnya apabila melihat KUKUR KELAPA  ini.


Saya akan melihat keindahan dan kehalusan seni ukir kukur kelapa tersebut dan merenung diri sendiri sama ada saya telah beribadat dengan sempurna dan melakukan  sebaik mungkin.
Apabila melihat koleksi koleksi PARANG pula , saya akan mengingati peribahasa (mungkin Arab ) yang mengatakan waktu itu saperti pedang , kalau tidak digunakan dengan betul, ia akan memotong kita. 


Begitu juga bila melihat koleksi JAM ANTIK ini.


Saya akan berfikir tentang pengurusan waktu. Berapa banyakkah saya gunakan waktu yang boleh menyumbangkan kepada bekalan di akhirat kelak. Adakah saya selalu menepati temu janji atau menghadirkan diri tepat pada waktunya, terutama dimajlis majlis agama. Atau lebih mustahak lagi adakah solat pada awal waktu? Berjemaah? Macam mana pula dengan TEMPAYAN TEMPAYAN ini?


Tempayan selalunya digunakan untuk menyimpan barang barang bernilai zaman dulu . Beras, gula , makanan jeruk dan ada juga yang menyimpan barang barang kemas . Bagi saya macam mana , dah simpan amalan atau kosong saja macam tempayan tempayan ini. Mudah mudhan dengan melihat tempayan ini saya dapat menambah amalan .

Saya ada juga menyimpan beberapa DACING alat penimbang


Dacing ini banyak cara boleh digunakan untuk muhasabah diri :

1. Kalau kita berniaga , adakah kita memberi pembeli .atau pelanggan sesuatu yang setimpal dengan harga yang diterima.

2. Kalau kita pemimpin ( memang kita pemimpin ) adakah kita menjalankan dan melaksanakan tugas kita sebagai pemimpin yang bertanggung jawab dan adil

3. Macam mana agaknya timbangan amalan kita setakat ini?

Diantara koleksi saya yang selalu saya gunakan ialah TONGKAT


Tongkat tongkat ini saya gunakan bila kaki kena gout atau sakit kejang otot. Banyak kali dah pakai, tapi dalam Islam kita digalakkan memakai tongkat apabila umur sudah mencecah 40 tahun.

Koleksi seterusnya ialah sebuah LAMPU KAPAL


Lampu ini mengingatkan saya kegelapan dalam kubur, macam mana persiapan kita supaya kita tidak teraba- raba di dalam kubur nanti. Yang pasti lampu ini sudah tidak  berguna lagi.

Saya juga memiliki TYPE WRITER


Setiap kali melihat mesin taip ini saya teringat malaikat yang ditugaskan menulis amal kebaikan dan kejahatan baik di kiri dan kanan kita. Saya nasihati diri saya jangan setakat teringat saja, tambahkan ibadah. 

Satu lagi koleksi saya yang pelik ialah sekeping papan seolah olah papan liang lahat. PAPAN ini saya gunakan untuk berbaring di siang hari.




Bila baring diatas papan ini , rasanya saya begitu hampir dengan kematian. Walaupun semasa baring saya mengunakan KIPAS LAMA  untuk menyejukkan badan.Saya tidak pasti berapa lama saya akan berada dalam keadaan nyaman dan selesa begini.


Hari pengadilan begitu hampir rasanya. Yang pasti PENGGOSOK KAIN (IRON) ini memberi satu lagi peringatan




Peringatan supaya saya segera beribadat , solat berjemaah di Mesjid dengan pakaian yang bersih dan lengkap. Mengapa kita kepejabat , ke jamuan dan ke  majlis lain boleh berpakaian segak dan indah , dan ke Mesjid kadang kadang jubah atau baju tidak bergosok.
 
Saya memang mengalakkan pembaca berhobi , kerana ia boleh menambah semangat hidup, tapi biarlah kita tidak terlalai akan hobi tersebut. Malah kalau boleh kita gunakan hobi itu sebagai ransangan untuk beribadat.

Quote of the day

You don’t have to be great to start, but you have to start to be great !

No comments:

Post a Comment