Tuesday, February 5, 2013

VAN JENAZAH




Bulan lalu saya menaiki van jenazah untuk mengambil jenazah seorang sahabat yang meninggal dunia. Saya duduk di bahagian belakang van . Antara bahagian hadapan dan belakang van itu di buat dinding pemisah . Van pula di ‘tinted’ gelap dan di tambah langsir pula di semua bahagian tingkap. Malam gelap gelita , cuba anda bayangkan kesunyian dan kegelapan saya seorang diri di belakang van.

Dalam perjalanan hanya suara suara orang di luar saja yang kedengaran. “Siapa yang meninggal tu?” kata mereka. “Sakit ape agaknya?” kata yang lain . “tua ke muda ?” . Kedengaran berbagai suara dan berbagai soalan.

Tiba tiba berbagai soalan pula timbul di kepala saya:

1. Saya pelukkah anak anak saya masa meninggalkan mereka tadi?

2. Saya berikah mereka senyuman sebelum keluar rumah ?

3. Adakah saya berzikir hari ini?

4. Apa kebaikan saya lakukan pada masyarakat di sekitar?

5. Banyak mana baca Quran hari ini ? 

Dan banyak persoalan lain lagi berlegar di kepala saya semasa perjalanan dalam van jenazah tersebut.Kemudian teringat pula keluarga keluarga saya yang dah meninggalkan dunia ini. Ayah,  Ibu, Datuk, Nenek , Adik adik , teman sepejabat, jiran dan ramai lagi. Sesungguhnya kematian itu amat hampir.

Tiba tiba saya terdengar orang ramai menjerit. “Bukak, bukak pintu”  . Rupanya van jenazah sudah sampai ke destinasi. Terhentilah lamunan saya buat sementara waktu.Yang paling mustahak saya ingin peringati kita semua ialah supaya kita mencari sedikit masa dalam kehidupan ini untuk muhasabah diri. Bagaimana pencapaian amalan kita seharian.Cukupkah bekalan akhirat untuk dibawa.

Mujurlah perjalanan saya dalam van jenazah tadi setakat ke rumah si mati sahaja. Kalau itu betul betul perjalanan terakhir, tidak ada apa apa yang boleh dilakukan lagi.TAUBAT DAN BERIBADATLAH KITA SEBELUM TERLAMBAT.

Quote of the day

“Do man think that they will be left alone saying ‘we believe’ and that they will not be tested? We did test those before them, and Allah will certainly know those who are true from those who are false”.( Al Quran 29-2-3)


No comments:

Post a Comment