Dalam hayat yang begitu pendek, rama rama banyak berbakti kepada alam. Sambil menyedut madu bunga , mereka menggalakkan proses debunga (pollination) Mereka juga menjadi makanan kepada burung, semut dan beberapa serangga lagi.Mahasuci Allah . Serangga yang kecil mempunyai banyak sumbangan kepada manusia dan alam.
Macammana pula dengan kita –manusia. Apa sumbangan kita kepada alam? Apa sumbangan kita kepada sesama manusia ? Apa sumbangan kita pada sesama Islam? Sempurnakah tanggung jawab kita sebagai pemimpin? Pemimpin kepada anak anak ., pemimpin masyarakat atau pemimpin negara? Semua persoalan ini kita jawablah masing masing , kerana dihari pembalasan nanti kita semua akan dipersoalkan atas tanggungjawab kita.
Buat permulaan jadilah kita saperti rama rama . semua yang memandang akan terpikat walaupun rama rama tidak berkata kata dan matinya rama rama boleh dijadikan hiasan . Jangan lupa kita boleh belajar dari alam.Terima kasih.
Quote of the day
Learn silence as you learned speech. Speech will guide you and silence will protect you.
No comments:
Post a Comment