Friday, February 15, 2013

5H – BELAI SEBELUM TERKULAI





Statistik jenayah juvenil pelajar 2008 menunjukkan 8,809 pelajar dari 7 hingga 18 tahun ditahan diseluruh negara . 3,683 berkaitan jenayah kekerasan bakinya berkaitan jenayah harta benda.Pelajar dari kaum Melayu mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 72.7 peratus atau 6401 orang, diikuti India 10 peratus atau 876 orang dan Cina 17.3 peratus atau 641 orang ( sumber utusan .com.org).

Kita orang orang Melayu , berugama Islam pulak tu, mestilah terasa resah dengan statistik ini. Banyak sumber pertolongan boleh didapati untuk memperbaiki akhlak remaja –remaja , diantaranya Al-Quran , Hadis dan pembacaan buku buku bimbingan remaja. Baru baru ini saya terdengar kaedah untuk mendidik remaja yang dipanggil KAEDAH 5H :

1. HATI 

Niat ikhlas dan sentiasa berzikir

2. HAMPIRI

 Orang positif
 
3. HINDARI

Orang negatif

4. HAJAT

Mesti jelas dan jelaskan matlamat

5. HIJRAH

Dari mengutuk kepada membentuk 

Dari  mengherdik kepada mendidik

Dari membatu kepada membantu

Dari berkeras kepada bertegas

Dari menghina kepada membina

Semoga kaedah ini dapat menambah kasih sayang kepada remaja dan pelajar sekaligus menurunkan statistic jenayah juvana anak anak Islam di Malaysia.

Quote of the day

Do ordinary for Allah , He will do extra ordinary for you.

No comments:

Post a Comment