Monday, February 18, 2013

31-10-31



Sabtu lalu saya pergi nak bergunting rambut ke Kampung Dato’ Harun , Petaling Jaya. Alhamdulillah disana semua tukang guntingnya terdiri dari orang Islam. Malangnya kedai gunting tersebut tutup. Dihujung kedai nampak seorang warga emas duduk kesunyian sambil membaca akhbar. Saya teringat maksud hadis Rasullullah s.a.w “Bukanlah dari golongan kami , sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami” (HR Al-Tabrani)

Atas dasar itu saya menghampiri warga emas itu dan terus berkenalan . Pak cik tersebut bernama Ahmad , lahir pada 31.10.31 . Berasal dari Perak. Berhijrah kekampung Dato’ Harun sejak tahun enam puluhan lagi, semasa kampong tersebut masih berhutan dan dikelilingi lombong .

Saya tertarik tentang kesihatan Pak cik Ahmad , dan bertanyakan rahsianya .”Saya tak hisap rokok , tak minum air batu” katanya . “Kalau nak kemana mana sekitar kampong ini saya naik  basikal saja” . Sambung beliau dengan senyuman . Elok juga anak anak muda sekarang mengambil tauladan dari pengalaman Pak cik Ahmad ini.

“Saya ada 9 orang anak , 47 orang cucu dan 22 orang cicit”  .Beliau menyambung cerita dengan nada gembira bercampur puas.Pak Cik Ahmad terus bercerita seolah olah tidak akan tamat dalam waktu yang singkat. “ Malangnya dunia sekarang sudah terbalik” katanya . “Anak muda dah tak mau dengar nasihat , tak hormat pada orang tua , tidak ada sape menyape. Dulu kucing kejo tikus , sekarang kucing pulak takut kat tikus, sebab tikus sekarang beso beso".


“Betul kata Pak Cik tu” . saya menyampuk. “dulu orang pakai seluar dalam, didalam.Sekarang spider man tu pakai seluar dalam diluar pulak” saya bergurau. “Itu la” sampuk Pak Cik “dunia dah terbalik”. Pak Cik Ahmad bercakap seolah olah tak mau berhenti, maklumlah agaknya dah lama tak ada orang nak berbual dengan beliau . Saya terus mendengar , walaupun sedikit gelisah. Saya rumuskan disini rintihan Pak  Cik tersebut dalam loghat Perak .

1. “Harga barang  bertambah mahe ( mahal ) , tak turun turun , yang turun selera teman aje”

2. “Dulu takde tol, sekarang macam bubu ( perangkap ikan) di Sungkai Perak, merata- rata dipasang tol”

3. “ Dulu aman . Sekarang pencuri , peragut, pengugut merate rate , serabut kita nengoknya, seluor dalam pun lesap”

4. “Perempuan rambut menggerebang ( panjang ) macam hantu pocong , tapi hantu dulu terobang, sekarang hantu pande pulak naik moto”

5. “Dulu kat kampong budak budak takut polis, sekarang polis pulak takut nak tahan budak budak tak pake topi keledar”

6. “Dulu nak cari dokte( doktor)  Melayu susah , sekarang didalam semak, bawah jambatan , dirumah tinggal semua ada dokte Melayu . Cucuk diri sendiri”. 

7. “Dulu tengok pokok beso dikampung , orang takut hantu . Sekarang hantu pulak takut kat pokok, sebab penunggunya beromen sakan”

8. “Dulu kalau kucing selalu beranak dibuang kemarket (pasar) , sekarang orang beranak buang ke longkang , sebab tak tau bapaknya”

9. “Dulu moto tak banyak. Kalau dikampung semua orang ditumpangkan sampai sempit. Orang sekarang naik moto sorang sambil baring merempit”



10. “Dulu yang menipu orang susah, orang kampong.Sekarang yang menipu orang kaya dan orang beso beso ( besar)”.

Saya rasa begitu lama kami bersembang ditepi kedai gunting itu. Saya dengan hormat meminta diri pada Pak Cik Ahmad dan mengundur diri. Tapi saya pulang dengan banyak bahan untuk direnung dan difikir-fikirkan .


Quote of the day

A wish changes nothing. A decision changes everything

No comments:

Post a Comment