Thursday, February 28, 2013

10 LANGKAH MENUJU KEBAHAGIAN






1. Cari Keredaan Allah

2. Bersyukur

3. Kayakan jiwa dan semangat anda:

Kekayaan sebenar tidak datang melalui possessing banyak kekayaan, tetapi kekayaan sebenar adalah kekayaan jiwa (Bukhari )

4. Elakkan mengagungkan material dan keduniaan :

Lihatlah kepada mereka yang kurang bernasib baik dari kamu , dan jangan melihat kepada mereka diatas kamu, ini adalah lebih baik ( Muslim )

5. Berharap hanya pada Allah:

Ya Allah , berilah aku secukupnya 

6. Bantu mereka yang memerlukan dan jalin persahabatan.

7. Dapatkan kerehatan secukupnya dan rancang hidup anda

8. Wujudkan jaringan kumpulan atau persahabatn yang luas.

9. Makan hanya yang halal

10. Sentiasa jaga kesihatan


Sumber : Islamo Graphic.com

Quote of the day

People plans their course but Allah guides their footsteps.



Wednesday, February 27, 2013

AKU TAHU AKU PATUHI






Seorang bertanya kepada Hatim al-As Asamm 

 “Apakah asas keyakinan anda pada Allah?

Jawab Hatim “ Ada empat asas : Aku tahu yang rezeki aku tidak akan dimakan oleh orang lain selain aku , jadi hati aku berasa tenang . 

Aku tahu yang orang lain tidak akan boleh beribadat untuk aku, jadi aku sibuk melakukan.

Aku tahu yang kematian akan  datang  dengan tiba tiba , jadi aku bersegera untuk melakukan tuntutan agama ku sebelum kematian menyambar.

Aku tahu yang aku tidak boleh lari dari pandangan  Allah , walaupun aku dimana mana jadi aku sentiasa malu padaNya”

Hatim Al-Asamm

Sumber terjemahan dari “Life is a Fading Shadow, oleh Abdul Malik bin Muhammad

Quote of the day

The sun may rise tomorrow , but you may not REPENT TODAY !

Tuesday, February 26, 2013

RUMAH DISEWA , DUNIA DIPINJAM PART 2










Bahagian dalam rumah anda boleh dihias mengikut selera masing masing, dengan harapan ia memberi ketenangan dan dorongan kepada kita untuk mengujudkan rumah tangga yang bahagia. Mengikut hadis Rasullullah s.a w yang bermaksud :

“Empat perkara yang membawa kebahagian ia itu isteri solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa”. ( Ibnu Hibban)

Sebaik baik perhiasan dalam rumah ialah bacaan Quran , zikir , solat sunat dan amalan amalan baik yang lain . Walau bagaimanapun hiasan hiasan lain boleh juga digunakan asalkan ia mengikut panduan Islam, saperti maksud hadis Rasullullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya Malaikat  tidak akan masuk kerumah yang didalamnya ada patung (Bukhari dan Muslim)

Saya pula suka menghiasi dalaman rumah dengan barang barang lama, mungkin kerana umur yang dah lanjut ataupun nostalgia kenangan masa kecil kecil dulu.

Disamping itu saya cuba mengaitkan barangan tersebut kepada Islam supaya ia tidak menjadi perhiasan yang tidak bermakna selain dari hiasan semata mata . Misalnya apabila melihat KUKUR KELAPA  ini.


Saya akan melihat keindahan dan kehalusan seni ukir kukur kelapa tersebut dan merenung diri sendiri sama ada saya telah beribadat dengan sempurna dan melakukan  sebaik mungkin.
Apabila melihat koleksi koleksi PARANG pula , saya akan mengingati peribahasa (mungkin Arab ) yang mengatakan waktu itu saperti pedang , kalau tidak digunakan dengan betul, ia akan memotong kita. 


Begitu juga bila melihat koleksi JAM ANTIK ini.


Saya akan berfikir tentang pengurusan waktu. Berapa banyakkah saya gunakan waktu yang boleh menyumbangkan kepada bekalan di akhirat kelak. Adakah saya selalu menepati temu janji atau menghadirkan diri tepat pada waktunya, terutama dimajlis majlis agama. Atau lebih mustahak lagi adakah solat pada awal waktu? Berjemaah? Macam mana pula dengan TEMPAYAN TEMPAYAN ini?


Tempayan selalunya digunakan untuk menyimpan barang barang bernilai zaman dulu . Beras, gula , makanan jeruk dan ada juga yang menyimpan barang barang kemas . Bagi saya macam mana , dah simpan amalan atau kosong saja macam tempayan tempayan ini. Mudah mudhan dengan melihat tempayan ini saya dapat menambah amalan .

Saya ada juga menyimpan beberapa DACING alat penimbang


Dacing ini banyak cara boleh digunakan untuk muhasabah diri :

1. Kalau kita berniaga , adakah kita memberi pembeli .atau pelanggan sesuatu yang setimpal dengan harga yang diterima.

2. Kalau kita pemimpin ( memang kita pemimpin ) adakah kita menjalankan dan melaksanakan tugas kita sebagai pemimpin yang bertanggung jawab dan adil

3. Macam mana agaknya timbangan amalan kita setakat ini?

Diantara koleksi saya yang selalu saya gunakan ialah TONGKAT


Tongkat tongkat ini saya gunakan bila kaki kena gout atau sakit kejang otot. Banyak kali dah pakai, tapi dalam Islam kita digalakkan memakai tongkat apabila umur sudah mencecah 40 tahun.

Koleksi seterusnya ialah sebuah LAMPU KAPAL


Lampu ini mengingatkan saya kegelapan dalam kubur, macam mana persiapan kita supaya kita tidak teraba- raba di dalam kubur nanti. Yang pasti lampu ini sudah tidak  berguna lagi.

Saya juga memiliki TYPE WRITER


Setiap kali melihat mesin taip ini saya teringat malaikat yang ditugaskan menulis amal kebaikan dan kejahatan baik di kiri dan kanan kita. Saya nasihati diri saya jangan setakat teringat saja, tambahkan ibadah. 

Satu lagi koleksi saya yang pelik ialah sekeping papan seolah olah papan liang lahat. PAPAN ini saya gunakan untuk berbaring di siang hari.




Bila baring diatas papan ini , rasanya saya begitu hampir dengan kematian. Walaupun semasa baring saya mengunakan KIPAS LAMA  untuk menyejukkan badan.Saya tidak pasti berapa lama saya akan berada dalam keadaan nyaman dan selesa begini.


Hari pengadilan begitu hampir rasanya. Yang pasti PENGGOSOK KAIN (IRON) ini memberi satu lagi peringatan




Peringatan supaya saya segera beribadat , solat berjemaah di Mesjid dengan pakaian yang bersih dan lengkap. Mengapa kita kepejabat , ke jamuan dan ke  majlis lain boleh berpakaian segak dan indah , dan ke Mesjid kadang kadang jubah atau baju tidak bergosok.
 
Saya memang mengalakkan pembaca berhobi , kerana ia boleh menambah semangat hidup, tapi biarlah kita tidak terlalai akan hobi tersebut. Malah kalau boleh kita gunakan hobi itu sebagai ransangan untuk beribadat.

Quote of the day

You don’t have to be great to start, but you have to start to be great !

Monday, February 25, 2013

18 SUMBER KEBERKATAN




1. NIAT YANG BETUL


Niatkan segala perbuatan kerana Allah s.w.t

2. TAKWA 

“.....dan siapa yang bertakwa kepada Allah ( dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) , nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar ( dari segala perkara yang menyusahkan ) serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya” (At Talaaq- 2/3)

3. YAKIN PADA ALLAH

“ Sesiapa berserah diri bulat bulat kepada Allah , maka Allah cukupkanlah baginya  (untuk menolong dan menyelamatkannya) .Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakinya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi melakukan tiap tiap sesuatu.” (At Talaaq -3)

4. BACAAN AL-QURAN

Bacalah Al-Quran dan perhatikanlah rahmat dan keberkatan dari Allah akan memasuki kehidupan anda.

5. BISMILLAH

Bila anda membaca ‘bismillah’ sebelum melakukan sesuatu bukan saja perbuatan itu akan dirahmati malah syaitan juga tidak dapat mengganggu.

6. MAKAN BERJEMAAH

Sesiapa ada makanan mencukupi untuk dua orang , ia mencukupi untuk tiga orang , sesiapa ada makanan untuk empat orang ia mencukupi untuk lima orang dan seterusnya.

7. JUJUR

Jadilah manusia dan peniaga yang jujur, segala penipuan akan menjauhkan rahmat Allah.

8. DOA

Mintalah keberkatan dari Allah . Rasullullah s.a.w selalu berdoa untuk keberkatan .


9. REZEKI HALAL

Allah itu baik dan Dia hanya akan menerima baik baik.

10. AMALKAN SUNNAH

Ikutlah cara hidup dan sunnah Rasullullah s.a.w

11. ISTIKHARAH

Solat istikharah amat mustahak sebelum berserah pada Allah semata mata

12. BERSYUKUR

Allah berjanji kalau kita bersyukur pasti Dia akan menambah kebaikan dan Allah tidak pernah mungkir janji.

13. AMAL KEBAJIKAN

Membersihkan dosa anda dan menambah kebaikan dan sumber keberkatan.

14. TALI PERSAUDARAAN

Sentiasa eratkan tali persaudaraan dan bantu menyambungkan tali persaudaraan yang telah putus.

15. BANGUN AWAL

Allah memberkati umat nabi Muhammad s.a.w yang bangun dan berusaha diwaktu pagi

16. PERKAHWINAN 

“Dan berkahwinlah orang orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang orang yang soleh dari hamba hamba kamu. Lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kejayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah maha luas (rahmatnya dan limpah kurniaNya) lagi maha mengetahui”.( Surah An Nur ayat 32 )

17. SOLAT

Solat adalah talian hayat untuk destinasi penamat diakhirat dan santapan harian untuk rohani anda.

18. MINTA KEAMPUNAN

Sesiapa yang berterusan meminta keampunan dari Allah , Allah akan menunjukkan mereka jalan keluar dari kesusahan, meringankan kebimbangan mereka dan memberi mereka dari sumber yang tidak disangka.
Sumber  : Productive Muslim 

Quote of the day

Don’t think that someone else is more blessed than you are, because Allah bless us in different ways.