Tuesday, January 1, 2013

33 CARA BERKOMUNIKASI DENGAN ANAK-ANAK



1. Tunjukkan minat pada pengalaman seharian anak anak walaupun mereka tidak minat untuk bercerita.
2. Beri tumpuan semasa mereka bercakap seolah olah dia seorang sahaja bersama anda.
3. Luangkan masa bersama mereka supaya mereka lebih banyak bercerita ( meluahkan perasaan )
4. Makan bersama 
5. Pandang wajah anak semasa berkomunikasi
6. Beri perhatian pada anak anak walaupun berbual dalam hal hal kecil.
7. Berbual dengan jarak dekat, bukan menjerit dari jauh.
8. Tunjukkan kasih sayang dan beritahu yang anda mengasihi mereka.
9. Selalu beritahu yang anda meyakini mereka.
10. Jaga batas perhubungan dengan anak anak jangan sampai mereka tidak menghormati anda.
11. Selalu dengar penjelasan mereka jika ada perbalahan dengan kawan kawan.
12. Puji setiap pencapaian ( kejayaan ) mereka.
13. Terbuka dan jujur dalam semua perkara.
14. Cuba beri masa bersama setiap anak anak walaupun sekejap.
15. Cuba baca yang tersirat dalam perbualan dengan mereka .
16. Galakan jikalau anak anak cuba untuk memberitahu sesuatu.
17. Tanya pendapat mereka tentang sesuatu keputusan yang melibatkan kepentingan bersama.
18. Ceritakan perkara yang anda lalui pada siang hari dan galakkan perbualan.
19. Peluk mereka sebanyak mungkin setiap hari.
20. Selalu gunakan perkataan “TOLONG” dan “TERIMA KASIH” . Mereka akan berakhlak mulia dengan contoh tersebut.
21. Minta pendapat mereka jika membuat keputusan besar seperti membeli kereta atau rumah.
22. Ceritakan pengalaman anda semasa anda berumur seperti mereka.
23. Beriadah dengan mereka sebanyak mungkin.
24.Selami kehidupan mereka dan ketahui perkara yang mereka minati.
25. Sesekali jadilah seakan anak anak , bergurau dan bermain bersama mereka .
26. Hormati hak mereka , minta izin untuk masuk bilik.
27. Beri kejutan dengan pemberian hadiah.
28. Bangga dengan apa apa pencapaian mereka walaupun kecil.
29. Selalu pegang mereka dalam waktu yang lama.
30. Galakkan mereka mencari hobi sendiri.
31. Perhatikan dan bantu jika perlu untuk menyelesaikan/memperbaiki  kesilapan mereka .
32. Bawa mereka ketempat anda semasa kecil dulu dan ceritakan pengalaman anda.
33. Maaf memaafkan antara satu dengan yang lain.

“Didiklah anak anak kita bukan semata- mata untuk menjadi manusia yang berjaya , tapi lebih kepada manusia yang memberi manafaat kepada manusia lain”

1 comment:

  1. Anak saya Aniq (darjah 6) dan Aqlan(darjah 4)bergaduh. Aniq memarahi dan memukul adiknya Aqlan dengan cara yang kasar. Saya cuba meleraikan mereka.

    Ayah: maafkan aniq, dia tak sepandai adik dan kurang budi pekerti.

    Aqlan: aniq bodoh sombong

    Ayah : jangan cakap macam tu, adik patut bersyukur Allah jadikan adik pandai.

    Aqlan: Allah jadikan semua orang sama. Kita sendiri kena usaha nak jadi pandai atau bodoh (cikugu kata)

    Ayah: ?????????? (tak terkata)


    ReplyDelete