Sunday, January 20, 2013

PAKTI ( Pendatang kucing tanpa izin )




Alhamdulillah. Kalau kita ingin belajar atau pun mengambil pengajaran , kita boleh dapati dari alam sekeliling. Ayat ayat Allah itu dikatakan terbahagi kepada dua bentuk.:

1.  Ayat ayat Al Quran
2.  Ayat ayat Manzurah ( maaf kalau ejaan salah ) iaitu alam kejadian Allah ini.

Dirumah saya banyak kucing kucing datang tanpa izin mencari makan. Kesian pada mereka, saya belikan makanan . Bertambah banyak datang, pada satu ketika , sampai 12 ekor. Tiap tiap kucing ini mempunyai perangai yang berlainan dan menarik. 

Kalau di izinkan Allah , saya akan menulis beberapa siri tentang kucing kucing jalanan  ini dan hari ini saya akan menulis tentang “LANJUT” . Di gelar Lanjut sebab perut/teteknya hamper mencecah lantai.

KEPERIBADIAN SI LANJUT

1. Pendiam . Tidak berbunyi kalau datang ke rumah
.
2. Tidak putus asa. Mula mula datang selalu saya halau, tapi datang lagi dan lagi.

3. Pandai menjaga anak. Telah melahir dan membesarkan banyak anak jalanan.

4. Tidak memilih makanan. Semua boleh.

5. Bermotivasi diri. Mula mula sampai comot. Sekarang sudah pandai bersihkan diri.

6. Body language. ( bahasa badan) . Kalau di marah , merenung saya dimata, hingga timbul perasaan sedih, kasihan dan sayang.

7. Buang najis di luar kawasan rumah. Mungkin di tepi jalan atau di padang berhampiran.
Kesimpulan ‘LANJUT’  ini amat mudah dipelihara, tidak pernah menimbulkan masalah. Pandai membawa diri ( independent) . 

Sesungguhnya Allah  menjadikan semuanya di muka bumi ini dengan peranan masing masing. Terima kasih banyak banyak.


Quote of the day

A man ask the Messenger (p.b.u.h ) of Allah , “What is the best thing in Islam?” . He said “Feeding others and giving the greeting of salaam to those whom you know and those whom you do not know”.

No comments:

Post a Comment