1. Minta pertolongan pada Allah : Doa . Jadikan tekanan tersebut penyebab bagi kita untuk menambah doa dan sujud pada Allah.
2. Ikhtiar dulu sebelum berserah , cuba sedaya upaya menyelesaikan masalah sebelum berserah pada Allah . “Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib seseorang kecuali mereka mengubah nasibnya sendiri.”
3. Kemampuan manusia terhad . Jangan putus asa bila berhadapan kegagalan. Fahami konsep Barakah : Allah mampu melakukan apa saja kalau anda ikhlas dan berada dijalan yang benar.
4. Solat lima waktu. Berhentikan urusan dunia sebaik azan dilaungkan. Tumpukan kearah solat yang berkualiti dan kuatkan hubungan dengan Allah . Syaitan akan tetap menganggu . Hati hati.
5. Sabar . Allah menyebut dalam Al Quran “Mintalah pertolongan melalui solat dan sabar “. Ini adalah dua senjata yang paling berkesan untuk mengurangkan tekanan. Kita tidak boleh mengelakkan tekanan , tapi boleh membetulkan tindak balas kita menghadapi tekanan tersebut.
6. Allah yang maha berkuasa. Bukan manusia. Manusia mesti menerima takdirNya. Fahami maksud 99 nama nama Allah .Ini boleh menambah ketenangan bila kita faham sifat sifat Allah . Banyakkan membaca Ayat Kursi selepas solat.
7. Ingatlah bahawa kehidupan itu terlalu pendek dan sementara. Risaulah pada tempatnya. Risaukan persiapan kita untuk akhirat bukan terlalu risau masalah kehidupan.Segala ujian Isha Allah akan di iringi dengan ganjaran atau kegembiraan.
8.Zikir. Allah. Allah . Allah bukan saja mendengar dan mengetahui semuanya , tapi mampu mengubah suasana dan masalah manusia “....dengan mengingati Allah hati akan berasa tenang”
9. Solat berjemaaah. Selalukan kemesjid dan suarau. Dengan solat berjemaaah kita dapat melupakan tekanan hidup. Kalau terlau sibuk , berjemaah dengan keluarga dirumah.
10. Mulakan hari dengan keyakinan . Bangun awal pagi . bersyukur kerana Allah masih memberi kita satu hari lagi untuk hidup . Rancang hari anda.
11. Elakkan menonton TV , kurangkan internet . Beralih kepada membaca buku buku bernilai . Cerita TV /Radio akan menambahkan lagi tekanan hidup anda dengan cerita cerita yang ganas dan berita berita yang palsu.
12. Jadikan Al quran sebagai sahabat. Baca dan dengar Al Quran. Dalam kereta , dalam rumah dan disetiap peluang yang ada, dengarkan Al Quran.Tekanan akan hilang Isha Allah.
13. Sentiasa Bersyukur. “ Kalau kamu bersyukur , Aku akan tambah” . Maksud firman Allah. Fahami bahawa keadaan kita masih lebih baik dari berjuta juta orang lain. Alhamdulilah
14.Jangan terburu buru untuk berubah , selangkah demi selangkah , pasti ketenangan akan tiba , dengan izin Allah.
15. Allah memberi ganjaran pada usaha , bukan hasil. Allah amat gembira kalau kita berusaha dengan ikhlas dan melakukan segala ikhtiar sebaik mungkin , niatkan semua kerana Allah.
Quote of the day
1. Allah ( Alone ) is sufficient for us, and He is the best dispenser of Affairs ( for us)
- Ali Imran 3:7
2. Pay attention to Allah and He will pay attention to you.
No comments:
Post a Comment