Wednesday, January 9, 2013

JADILAH SEBUAH TASIK




Alhamdulillah . Hari ini Allah pertemukan kita dalam siri renungan seterusnya dengan tajuk ‘Jadilah Sebuah Tasik’

Ceritanya begini : Seorang pemuda yang penuh dengan masalah datang berjumpa seorang tua yang berpengalaman dengan tujuan untuk meminta nasihat. Orang yang berpengalaman itu menyuruh pemuda bermasalah tersebut memasukkan se genggam garam kedalam sebuah cawan , kemudian menyuruh pemuda tersebut meminum airnya. “Apa rasanya?” , Tanya orang tua yang berpengalaman tersebut. “Teruk, masin yang amat sangat” kata pemuda tersebut.

Kemudian pemuda tersebut diajak ke satu tasik yang luas . Di tasik itu , pemuda tersebut di suruh memasukkan segenggam  garam kedalamnya . Orang tua yang berpengalaman menyuruh pemuda yang bermasalah tadi meminum air tasik dan bertanya “Apa rasanya?” , pemuda tersebut tersenyum “Melegakan”  katanya.

Orang tua yang berpengalaman tadi menyimpulkan “Kalau kita menghadapi masalah , ujian dan kepahitan hidup, jangan sempitakan fikiran kita . Lihat dari sudut yang lebih besar, lihat manusia sekeliling yang lebih banyak masalah dari kita. Banyakkan bersyukur atas nikmat nikmat Allah yang lain, pasti masalah yang kita hadapi itu akan terasa kecil dan terasa mudah untuk diselesaikan .”

Kepada mereka mereka yang mampu untuk membantu orang orang yang bermasalah , amalan ini pula  amat tinggi nilainya dalam Islam. Dalam satu Hadis Rasullullah s.a.w , perkara ini jelas dihuraikan , maksudnya :

 “Sesiapa melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seorang Mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari kiamat daripadanya. Sesiapa memudahkan orang yang tengah dilanda kesulitan maka Allah akan memudahkan nya didunia dan akhirat . Sesiapa menutup aib seorang Muslim maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah menolong hambaNya selama hamba itu menolong saudaranya. Sesiapa menempuh suatu jalan dalam rangka mencari ilmu , maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah suatu rumah Allah dengan membaca Kitab Allah dan mempelajarinya bersama-sama , kecuali bahawa ketenteraman akan turun kepada mereka, malaikat menaungi mereka di hadapan makhluk yang di sisinya, dan sesiapa yang lambat ( kurang ) amalannya, maka tidak akan dipercepat mengangkat darjatnya”  ( Riwayat Muslim no. 2699, 2580 dan al-Tirmizi no. 2940 )

Terima kasih kerana sudi membaca dan jika didapati ada kebaikan dari risalah kecil ini tolong panjang panjangkan kepada saudara, teman ,jiran dan masyarakat seluruhnya.  Tuan tuan juga akan diberi Allah ganjarannya, In shaa Allah.


Quotes of the day

Too often we underestimate the power of a touch, a smile , a kind word, a listening ear, an honest compliment or the smallest act of caring , all of which have the potential to turn a life around.”

No comments:

Post a Comment