Monday, January 21, 2013

SUMBANGAN SEPOKOK PISANG




Semasa bermusafir di Melaka tahun lalu saya dan sahabat sahabat berhenti di satu gerai untuk minum petang. Di gerai tersebut digantung pisang pisang yang akan digoreng. “Saya malu pada pisang pisang ini” kata saya. “Mengapa?” Tanya sahabat sahabat , saya pun bercerita :-

Pisang ini hadirnya didunia banyak menyumbangkan pada makhluk alam semua. Yang ini akan digoreng , menjadi sumber pendapatan pada penjualnya. Kita yang memakannya akan kenyang dan dapat meneruskan kehidupan Kulitnya pula boleh dimakan binatang atau dikitar semula oleh alam , menjadi baja.Kalau ada bahagian yang busuk, ia boleh dimanafaatkan oleh burung burung atau tupai. Umbutnya boleh dimakan manusia atau itik . 

Pada satu ketika dahulu lapisan lapisan batang pisang itu boleh dijadikan tali untuk mengikat barang barang atau dijadikan kain.Daunnya pula sinonim dengan nasi lemak. Nasi lemak akan bertambah serinya jika dibungkus dengan daun pisang.Hinggakan pelepah daun pisang tersebut boleh digunakan anak anak sekolah sebagai bahan seni. Pelepah dipotong serong di tekap pada warna dan ditekap pada kertas.Menjadilah ia satu seni lukisan indah.Jantung pisang pula sangat popular sebagai sayur dimakan bersama nasi atau dicicah bersama sambal. Bunga pisang tersebut pula bahan minuman bagi burung burung dan serangga.

Cuba kita muhasabah diri kita sebagai manusia yang ‘pintar’ ini. Bangun pagi , sarapan  untuk diri sendiri . Memandu kenderaan , mengeluarkan asap yang mencemarkan alam. Tengah hari , makan lagi , masih untuk diri kita. Bekerja untuk mendapat wang .Solat, masih untuk diri sendiri. Tonton Tv , untuk hiburan sendiri. Bertanam ditaman rumah , masih untuk cantik mata memandang.Banyak lagi perkara yang kita lakukan . semuanya ‘self centered’ – untuk diri sendiri.

Mulai hari ini marilah kita sama sama berfikir untuk menyumbang kepada alam.Setiap kebaikan yang kita sumbangkan kepada alam, masyarakat, makhluk dan  lain- lain pasti diberi ganjaran oleh Allah.Semasa saya menulis ini, seekor burung sedang bekercip(menyanyi) diluar rumah. Indahnya suasana dengan bunyi burung tersebut. Dia juga menyumbang kepada alam.Terima kasih kerana sudi berfikir bersama.

Quote of the day

Some people look for a beautiful place. Others make a place beautiful – Hazrat Bin Inayat Khan.
I’m giving to make everything around me beautiful. That will be my life.- Elsie de Wolfe

No comments:

Post a Comment