Agama Islam dikatakan sebagai 'the fastest growing religion' di Barat. Begitu cepat perkembangan Islam disana hingga dikatakan orang Islam akan menjadi majoriti di Perancis pada tahun 2030.
Yang memeluk Islam pula terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat. Dari pekerja biasa , sampailah kepada saintis. Dari askar bawahan sampailah ke General. Dari ahli sukan , penyanyi, pelakon Hollywood, padri hinggalah ke model majalah playboy.
Cara mereka mendapat hidayah pula amat menarik. Ada yang memeluk Islam sesudah menumbuk emak sendiri, ada yang Islam dalam penjara, ada yang Islam sesudah melanchung ke negara Islam, dan ada yang Islam sesudah dilepaskan dari tawanan.
Tapi yang menarik lagi ramai diantara mereka menjadi pendakwah sesudah memeluk Islam. Nama nama saperti Joshua Evans, Yusuf Estes, Hamzah Yusuf, Dr. Bilal Philips, Abdul Rahim Green dan ramai lagi, tentu tidak asing kepada peminat peminat forum Islam di internet.
Satu cerita yang agak lucu ialah ada manusia yang memeluk Islam dengan melihat seluar dalam lelaki. Ceritanya begini : Ada seorang perempuan di Amerika telah menjadi tukang cuci pakaian ( dobi) penuntut satu kolej. Dia telah bekerja demikian selama 20 tahun. Dalam pemerhatian dia , banyak seluar dalam penuntut disitu agak kekuningan ( stain) di bahagian depan.
Ada beberapa seluar dalam sahaja yang tidak tercemar. Bila ditanya kepada penuntut tersebut mengapa seluar dalam mereka bersih, di jawab : “Kami orang Islam, Agama kami mengarahkan kami membasuh najis kencing setiap kali kencing”.Sesudah perbualan yang panjang, tukang dobi tersebut mengatakan : “Kalau itulah arahan agama kamu , maka aku akan memeluk agama itu, agama Islam”.
Mudah mudahan kita juga akan berakhlak mulia supaya dapat dengan izin Allah membuka hati orang orang bukan Islam, supaya memeluk Islam. Kepada yang berminat melihat cerita cerita orang baru memeluk Islam bolehlah melawati – Turn to Islam , Revert to Islam , New Muslim, Tube Islam, Guide Us TV dan banyak lagi . Terima kasih dan sebar sebarkan cerita ini.
Quote of the day
Kindness in words creates confidence.
Kindness in thinking creates profoundness
Kindness in giving creates love.
The only limit to your impact is your imagination and commitment.
No comments:
Post a Comment