Sunday, January 27, 2013

PARKER – Made in UK




Tadi saya tercari -cari pen nak mula menulis artikel hari ini . Mula menulis dengan pen Parker , tapi dakwat tak keluar . Kemudian cari pen lain yang harganya cuma 55sen. Alhamdulillah, lancar . Teringat saya satu cerita  :-

Sekumpulan professional muda yang runsing ( stress) berjumpa bekas pensyarah mereka untuk minta nasihat . Pensyarah menghidangkan air . Oleh kerana tetamu begitu ramai, terpaksalah pensyarah tersebut menghidangkan air dalam cawan yang berbagai jenis. Bila hidangan sampai semua berebut cawan yang cantik dan nampak mahal.

Kemudian pensyarah memulakan nasihatnya “Awak semua stress , bermasalah kerana terlalu mengutamakan kecantikan luaran, status, symbol dan harga yang mahal. Walaupun airnya  (isinya) sama tapi awak semua berebut pada cawan yang cantik”. 

Perkara yang sama juga berlaku pada kebanyakan manusia zaman sekarang . Dari dibangku sekolah telah memilih barang barang berjenama walaupun kegunaannya tidak berbeza. Kasut , basikal dan baju mahal- mahal belaka. Yang mula bekerja pula berterusan menukar handphone, selagi ada model baru. 

Jam tangan , kalau yang harga Rm seribu  boleh menentukan waktu yang tepat , mengapa mesti membeli jam yang harganya Rm lima ribu .Umur meningkat lagi ‘main’kereta pula. Dari satu jenis ke jenis yang lain . Begitulah seterusnya , Kalau mampu dan tidak membebankan takpe juga. Itupun kan lebih baik menabung.

Ringkasnya kita sepatutnya sederhana dalam banyak keadaan supaya tidak timbul tekanan yang tidak menentu . Terima kasih.


Quote of the day 

“The truly rich are those who enjoy what they have”.

No comments:

Post a Comment