Sunday, January 13, 2013

SELAMAT HARI JADI !




Kebanyakan keluarga di Malaysia ini menyambut hari jadi orang orang tersayang. Ada yang menyambut secara besar besaran dan ada yang menyambut setakat memperingati hari kelahiran keluarga terdekat. Banyak hadiah hadiah di beri demi merapatkan ukhwah antara satu dengan lain dan majlis seperti ini sangat baik jika dilakukan mengikut lunas Islam ,tanpa pembaziran , tanpa riak, tidak membebankan perbelanjaan. 

Tapi ada satu lagi hadiah yang perlu diberikan terutama kepada anak anak yang menyambut hari jadi . Hadian tersebut akan mengembirakan mereka apabila remaja kelak, mengembirakan mereka apabila berumah tangga. Mengembirakan mereka bila bergelar ibu dan bapa. Malah memberi ketenangan pada mereka di akhirat kelak.

HADIAH HADIAH TERSEBUT ADALAH MENYEMAI 10 PERKARA BERIKUT :-

1. AJAR MELALUI CONTOH
Anak anak melihat  dengan mata . Akhlak dan cara hidup ibu bapa akan di contohi anak anak. 

2. PERKENALKAN ALLAH
Kekuasaan Allah mengatasi segala- galanya  . Ketaatan yang mutlak hanya pada Allah . Minta hanya pada Allah.

3. PERKENALKAN RASULLULLAH S.A.W
Zaman dan kehidupan Rasulllullah s.a.w . Pesanan dan peringatan Rasullullah s.a.w Amalkan peninggalan Rasullullah s.a,w – Al- Quran dan Sunnah Nabi.

4.IMBANGI AKADEMIK DENGAN PENDIDIKAN ISLAM
Tambah ilmu Tajwid , Akidah , Hadis , dan sirah dan Bahasa Arab diluar waktu sekolah.

5.AKHLAK
Bahasa – sopan santun
Perangai- beradab
Ibu bapa – dimulia dan dicontohi

6.MENGAMBIL BERAT MASALAH ORANG LAIN
Adik beradik , keluarga, orang gaji, tetamu , jiran , pengguna jalan raya dan lain lain.

7. KESIHATAN FIZIKAL
Jangan beri makanan ringan. Jangan terlalu memanjakan anak anak . Yang lelaki bersifat lelaki, perempuan di didik cara perempuan.

8. PENJADUALAN WAKTU
Pastikan waktu waktu bangun tidur , solat , tonton tv , ulangkaji di imbangi . Jangan hanya membelikan jam yang mahal,tapi ajarkan supaya mengamalkan ketetapan waktu.

9.TANGGUNG JAWAB
Ibadah pada Allah , kerja sekolah , kerja di rumah dan kerja kerja kejiranan.

10. SENTIASA KE ARAH KECEMERLANGAN .
Pupuk semangat cemerlang dalam semua usaha. Nilai kerja yang di buat, bersemangat dalam semua bidang.

Apa kata  kalau anda menyalin semula risalah ini dalam  bentuk yang lebih menarik, di atas kertas yang tebal sedikit dan berwarna . Jadikan ia sebahagian daripada hadiah hari jadi dimasa akan datang. Mungkin itulah hadiah yang lebih bermakna. Sekian , Terima kasih banyak banyak atas masa yang di luangkan.

Quote of the day

You don’t have to be great to start, but you have to start to be great.

No comments:

Post a Comment