Wednesday, January 16, 2013

MUSIM GUGUR




Walaupun musim salji di Eropah , Amerika , Cina dan lain lain negara , tapi di Subang Jaya sekarang musim GUGUR , daun berguguran . Ramai jiran jiran saya merungut sebab tiap tiap hari kena menyapu daun daun yang gugur. Ada yang memanggil MPSJ untuk menebang pokok pokok tersebut.

Begitulah sifat manusia. Kedekut. Lokek. Berkira. Malas tidak bersyukur. Cuba kita bayangkan apakah sumbangan pokok pokok tersebut kepada kita:

1. Memberi manusia tempat berteduh.
2. Mengurangkan bil letrik  sebab air conditioner  umpamanya ,tidak memerlukan masa yang lama untuk menyejukkan rumah.
3. Pandangan indah , tidak menyilaukan.
4. Daun yang gugur boleh dijadikan baja.
5. Mengeluarkan oxygen ...dan banyak lagi.

Dengan kebaikan di perolehi dari pokok pokok di keliling rumah kita , apalah salahnya mengorbankan sedikit masa untuk menyapu daun daun yang berguguran itu. Menyapu daun tersebut juga adalah satu bentuk riadah yang boleh menyihatkan melalui pembakaran lemak berlebihan di dalam badan.

Kalau pokok pokok dan tumbuhan yang lain tidak mustahak tentulah ia tidak mendapat tempat dalam Hadis Rasullullah s.a.w yang bermaksud :

“Sesiapa daripada seorang Muslim yang menanam tanam tanaman dan hasilnya di makan oleh burung atau manusia ataupun binatang maka baginya mendapat pahala sedekah.” ( Hadis Riwayat  Imam Bukhari )

Ada satu lagi Hadis berkenaan menanam pokok ( benih pokok) yang bermaksud : 

“ Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut.” ( Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Walau apa pun keadaannya , Allah membuka ruang / peluang  bagi kita (manusia) untuk berbuat ibadah , seluas-luasnya .jadilah kita sebagai orang yang bijak untuk merebut peluang tersebut.Jangan lupa untuk mengajak orang di keliling kita supaya sama sama melakukan ibadah tersebut. Terima kasih banyak banyak.


Quote of the day

A heart that is open to appreciate every blessing should always be bigger than the eyes that see what’s missing.”



No comments:

Post a Comment